بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ADAPUN orang-orang yang celaka
(disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi
mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara
keldai). [Hud:106]
Iblis berkata:
"Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, [Al-Hijr:39]
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang
melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka
menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu
dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. [Al-Israa':16]
Dan sesiapa yang
melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat)
kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An-Nisaa':110]
No comments:
Post a Comment