Powered By Blogger

Sunday, February 5, 2012

Umno Kelantan Semakin Terdesak

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

UMNO Kelantan kini dilihat dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan rakyat Kelantan pasca PRU13 yang dipercayai sudah hampir tiba.

Setelah memperkenalkan slogan "Pade Doh 18 Tahun" yang merujuk kepada usia pentadbiran PAS di Kelantan pada PRU12, Umno kini memperkenalkan pula slogan baru iaitu "Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat. Acu Test Sepenggal". Lihat sini.

Di samping memperkenalkan slogan baru tersebut, Umno turut merayu pengundi Kelantan agar memberi peluang sepenggal kepada Umno untuk memerintah Kelantan dan ada pula yang merayu agar ahli PAS agar memberikan undi 'khianat' kepada Umno tanpa menukarkan keahlian PAS.

Walau apapun cubaan dan slogan yang Umno perkenalkan, penulis yakin rakyat Kelantan terutamanya ahli dan penyokong PAS tidak akan mudah termakan dengan rayuan tersebut. Ini adalah kerana sepanjang pentadbiran PAS di Kelantan di bawah kepimpinan tauladan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak ada sebarang sebab yang kukuh untuk rakyat Kelantan menukarkan pentadbiran Kelantan dari PAS kepada Umno.

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih sahajalah kepada Umno dan Umno tidak perlu bersusah payah untuk merayu kami menukarkan kepimpinan negeri Kelantan dengan secara undi "khianat" kerana kami sama sekali tidak akan menjadi pengkhianat dengan mengkhianati perjuangan kami selama ini.

Akhir kata, "Sorry bro, kami lebih yakin kepada kepimpinan Kelantan yang sedia ada daripada kepimpinan Umno-BN"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...