Powered By Blogger

Wednesday, February 15, 2012

Ibrahim Ali Yang Busuk Hati

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
KENYATAAN presiden kumpulan perkauman Melayu, Perkasa yang menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal berhubung isu keselamatan Israel sebagai satu kenyataan sandiwara adalah merupakan satu kenyataan dari orang yang mempunyai hati yang 'busuk'.

Ibrahim sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana beliau sepatutnya sedar dan tahu bahawa pendirian PAS dalam isu yang melibatkan hak, kepentingan dan keselamatan rakyat Palestin adalah amat jelas dan tetap iaitu PAS menolak sebarang bentuk pengiktirafan terhadap penubuhan negara haram Israel. Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dalam satu pertemuannya sebelum ini dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia pernah memberikan pendirian bahawa Israel tidak mempunyai hak untuk merampas harta rakyat Palestin walaupun hanya sepasang selipar jepun.

Ibrahim juga seharusnya ingat bahawa dalam ketegasan menyatakan bantahan terhadap Israel, PAS adalah antara parti yang paling tegas menyatakan bantahan bilamana kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu membawa masuk pasukan kriket dari Israel ke Malaysia. Ibrahim juga seharusnya tidak lupa bahawa sudah berapa ramai pemimpin PAS yang terpaksa merengkok di dalam lokap akibat menyatakan bantahan terhadap Israel.

Ibrahim juga perlu tahu bahawa yang sebenarnya bersandiwara dalam isu Israel ini adalah Umno-BN dan juga Perkasa sendiri. Ini adalah kerana, Umno dan Perkasa tidak pernah bersungguh dan ikhlas dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang pencerobohan Israel tetapi sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kesilapan kenyataan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun atas salah lapor Wall Street Journal. Dan tindakan Umno dan Perkasa tersebut tidak lain dari bermotifkan politik kepartian yang amat sempit.

Dalam hal ini, Ibrahim mungkin sedar bahawa hayat beliau dalam politik di Malaysia ini amnya dan khususnya di Kelantan sudah tidak lama lagi bakal berkubur dan kerana itulah beliau kini semakin merapu dan mengaruk ibarat warga emas yang sudah terlalu uzur dan sudah terlalu nyanyuk ibarat orang yang menunggu masa untuk di kembalikan ke tanah.


Baca kenyataan Ibrahim Ali di sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...