Powered By Blogger

Friday, February 10, 2012

Jajahan Bachok

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BACHOK merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Geografi
Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 138,000 penduduk pada tahun 2009. Pembahagian penduduk mengikut sektor ekonomi ialah:
  • Pertanian: 63.1%
  • Perkhidmatan Kerajaan: 14.3%
  • Perdagangan dan Runcit: 9.2%
  • Pembuatan: 7.1%
  • Pembinaan: 3.0%
  • Perlombongan: 0.2 %
  • Kewangan dan Insuran: 0.2%

Jajahan Bachok terbahagi kepada 8 daerah (merujuk kepada portal rasmi Majlis Daerah Bachok) iaitu daerah Gunong, daerah Tawang, daerah Perupok, daerah Melawi, daerah Telong, daerah Bekelam, daerah Mahligai dan daerah Tanjong Pauh.

Sejarah Nama Bachok
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.

Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ‘Ban’ dan ‘Chak’. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.

Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.


Sejarah/Dongeng Nama-Nama Lain
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.

Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi.


Tempat menarik 
 
1. Pantai Irama:-
Pantai Irama menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia II dahulu. Kesannya masih dapat dilihat dalam bentuk beberapa buah kubu tentera Inggeris yang masih terdapat di situ.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:
  • Gerai makanan laut goreng
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Tandas awam
  • Chalet
  • Kemudahan pengangkutan awam
  • Surau
  • Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)
2. Pantai Kemayang:-
Pantai Kemayang terletak didalam Mukim Kemasin,Daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya Hanya 14KM Dari Bandar Kota Bharu,Disana Anda Dapat Melihat Bot-Bot Nelayan Keluar Dan Masuk Untuk Mendaratkan Hasil Tangkapan Ikan. Disini Juga Terdapat Perusahaan Ikan Kering Secara Kecil-Kecilan Yang Diusahakan Oleh Penduduk Tempatan Diperkampongan Nelayan Dipantai Kemayang.
Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama Pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.

Industri perikanan
Industri perikanan di kawasan jajahan Bachok semakin berkembang dengan pembinaan pelabuhan perikanan di Pantai Kemasin dan Pantai Tok Bali(Pasir Puteh) berikutan projek pembangunan Kemasin-Semerak.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..sejarah penubuhan pasar jelawat di bachok ada x?:)

Abe Yon Ibnu Hashim said...

Waalaikumussalam wbt. Harap maaf, saya tidak ada sumber berkaitan sejarah penubuhan pasar jelawat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...