Powered By Blogger

Monday, February 6, 2012

Hasan Ali Tidak Hormati Tetamu

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dr Mahfodz dan isteri pergi rumah Hasan Ali tapi tak dibenar masuk


PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

“Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

“Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

“Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

“Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan,” kata Dr Mahfodz.

Komen: Sedangkan kaum Arab Quraisy Jahilliyah amat menghormati tetamu walaupun tetamu tersebut adalah musuh ketat mereka apatah lagi Islam amat menitik beratkan akhlak dan adab dalam menerima tetamu. Satu perbuatan yang tidak wajar dan tidak berakhlak apabila tetamu yang datang tidak dihormati sewajarnya apatah lagi dari orang yang sering melaung-laungkan memperjuangkan aqidah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...