Powered By Blogger

Monday, February 20, 2012

PM Umum Keputusan SBPA Pada Pertengahan April 2012

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka akan mengumumkan keputusan perlaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 15 April 2012. Itulah yang penulis dapat tahu. Untuk tujuan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah diarahkan oleh Najib untuk menyelesaikan perundingan isu SBPA dengan Cuepacs sebelum tarikh tersebut.

Dengan apa yang dimaklumkan, penulis menjangkakan Parlimen bakal dibubarkan pada akhir bulan April ataupun awal Mei 2012.

Kemungkinan yang penulis fikirkan tersebut adalah kerana kerajaan kini mendapat tekanan dari kakitangan awam melalui Cuepacs yang secara majoriti, tidak berpuashati dengan pengiraan awal SBPA dan kerajaan (baca Umno) pasti tidak mahu kehilangan sokongan dari kakitangan awam pada PRU13 nanti.

Walau apapun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan diputuskan oleh Najib berhubung isu SBPA yang sepatutnya telah dilaksanakan pada 1 Januari 2012.


Cuepacs: Tarikh kuat kuasa SBPA harus 1 Jan 

20 Februari 2012

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - Sinar Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...