بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kaji Semula
Minda Penulis amat berharap agar skim baru ini akan dikaji semula dan dibuat beberapa penambahbaikan bagi memastikan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah tidak teraniaya kelak.
Bagi Minda Penulis, walau apa sekalipun skim yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, semua kakitangan atau penjawat awam akan terima dan tidak membantah. Cuma apa yang menjadi permasalahannya adalah beberapa perkara di dalam skim baru yang hendak dilaksanakan itu bakal menganiaya penjawat awam terutamanya yang berpangkat rendah.
Buang Kerja

Sekiranya ini berlaku, penjawat awam berpangkat rendah ini tidak mempunyai pilihan lain selain dari menjadi seorang yang 'MUNAFIK' dengan membodek dan mengampu pegawai atasan sepanjang masa bagi memastikan markah penilaian prestasi tahunan yang tinggi diperolehi.
Bodek Pegawai
Bodek Pegawai
Bagi penjawat awam yang dah sedia mempunyai sifat-sifat 'Munafik' di dalam diri, memang tidaklah menjadi suatu masalah baginya untuk setiap hari membodek dan mengampu pegawai atasan tetapi bagaimana pula dengan penjawat awam yang menjadikan kerja beliau sebagai 'ibadah'. Sudah tentu beliau tidak sanggup untuk menukarkan prinsip kerja sebagai ibadah tersebut dan menjadi seorang yang munafik dan mereka ini terpaksalah menerima opsyen 'Skim Buang Penjawat Awam' manakala bagi mereka yang sudah memang munafik atau sanggup bertukar menjadi munafik akan menerima SBPA sebagai 'SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN'.
Minda Penulis berharap agar pertemuan antara Cuepacs dan JPA akan membuahkan hasil yang boleh melegakan semua kakitangan awam di Malaysia dan apa yang penting Cuepacs perlu memastikan agar Skim Buang Penjawat Awam dan Skim Bodek Pegawai Atasan tidak terlaksana. Biarlah SBPA yang bakal terlaksana kelak akan memuaskan hati dan menjamin kebajikan semua kakitangan awam di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment