بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Di samping mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal tersebut akan membawa negara ke belakang, Syed Hassan juga turut mendakwa bahawa keputusan tersebut adalah memalukan dan beliau telah membuat ugutan bahawa beliau dan ahli Perkasa tidak akan keluar mengundi. Baca sini
Terpulanglah, jika Perkasa dan ahli-ahlinya enggan keluar untuk mengundi pada PRU13 nanti kerana itu adalah menjadi hak masing-masing untuk membuat pilihan. Namun begitu, jika kata-kata Setiausaha Agung Perkasa itu benar-benar dikotakan, apakah Presiden pertubuhan tersebut iaitu Datuk Ibrahim Ali akan meneruskan hasrat beliau untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas, Kelantan pada PRU13 nanti?
Kita boleh buat andaian bahawa Ibrahim tidak akan bertanding pada PRU13 akan datang sebagai tanda bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh SPR.
Namun begitu sekiranya andaian tersebut tidak tepat dan Ibrahim meneruskan hasrat beliau untuk bertanding, siapa pula yang akan mengundi beliau sedangkan ahli Perkasa tidak mahu membuang undi. Jika ini berlaku, bermakna Ibrahim bakal kalah pada PRU13 akan datang dan beliau berkemungkinan besar akan hilang wang pertaruhan.
Apapun, ini hanyalah andaian sahaja dan kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku selepas ini sama ada Perkasa benar-benar mengotakan kata-kata Setiausaha Agungnya ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment