Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

Surat Terbuka Buat Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAYA ingin merujuk kepada kenyataan saudara sebagaimana tersiar dalam akhbar Sinar Harian edisi Isnin 26 Disember 2011 yang bertajuk "Iktibar keterbukaan Hamas dan Fatah".

Saudara,
Dalam ruangan buka minda akhbar tersebut, saudara telah mendedahkan bahawa orang PAS menyuruh saudara berhenti menulis dan jangan campur tangan urusan rumah tangga PAS mengenai kedudukan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang saudara ibaratkan sebagai duri dalam daging.

Walaupun saudara mengakui bahawa masalah ini adalah masalah dalaman PAS dan orang luar tidak perlu campur tangan tetapi saudara menyatakan itu adalah menjadi hak saudara untuk memberi pandangan sebagaimana yang dijamin Perlembagaan.

Saudara juga mempersoalkan kenapa PAS tidak menyuruh DAP yang saudara labelkan sebagai "Ultra Kiasu" yang saudara kata terang-terang menghina Islam dan melakukan kemungkaran supaya berhenti bercakap dan menulis.

Saudara,
Dakwaan saudara itu adalah terlalu bersifat umum. Untuk pengetahuan saudara, tidak semua orang PAS menolak pandangan dari saudara. Saya sendiri sebagai contohnya, amat menghargai setiap pandangan yang saudara utarakan terutamanya yang membabitkan persoalan hukum agama. Tidak ada sebarang pertikaian dalam soal itu. Cumanya mungkin terdapat perbezaan pendapat dan pandangan dalam soal yang melibatkan persoalan politik dan pentadbiran.

Saudara,
Sepertimana tulisan saudara yang mendakwa, PAS sukar menerima teguran dari Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa ingin saya jelaskan bahawa dakwaan saudara itu adalah tersasar dari kenyataan sebenarnya. Untuk pengetahuan saudara, PAS sebenarnya amat terbuka dalam menerima setiap teguran dan buah fikiran baik dari saf kepimpinan parti mahupun teguran dari ahli peringkat bawahan. Cuma dalam isu Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa adalah pandangan yang mereka luahkan tersebut tidak mengikut saluran yang sepatutnya.

Sebagaimana yang saudara sedia maklum, PAS mempunyai lajnah politiknya sendiri dan Majlis Syura' sebagai tempat atau saluran untuk mengemukakan pandangan, teguran ataupun ketidakpuasan hati bukannya melalui media-media massa perdana seperti TV3, Utusan Malaysia dan lain-lain lagi. Sepatutnya saluran yang ada itu dimanafaatkan sepenuhnya oleh Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa untuk menyuarakan pandangan dan bukannya melalui media massa tempatan yang sentiasa mahu mencari kelemahan serta memecahbelahkan pembangkang tetapi apa yang dilakukan oleh Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa adalah sebaliknya.

Mungkin saudara berhujah, kenapa Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sahaja yang tidak boleh menggunakan media massa tempatan. Jika itu hujah saudara, jawapannya adalah tidak benar. PAS sama sekali tidak bersikap double standard seperti itu. Sama seperti Hasan dan Nasharuddin, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali juga tidak sewajarnya menggunakan media massa tempatan sebagai medan untuk menghentam Hasan dan Nasharuddin.

Saudara,
Memang benar, saudara adalah ahli akademik. Dan sebagai ahli akademik, saudara mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan peribadi saudara sama seperti Prof Abdul Aziz Bari tetapi saudara juga perlu sedar bahawa tidak semua pandangan dan pendapat saudara wajib untuk diterima oleh orang lain. Sekiranya saudara mahu orang lain menerima perbezaan pendapat saudara, begitu juga saudara perlu terbuka untuk menerima pandangan orang lain yang berbeza dengan saudara.

Saudara,
Sepertimana yang telah saya katakan tadi, tidak semua orang PAS menolak pandangan saudara dan saudara sememangnya mempunyai hak untuk bersuara. Mungkin ada segelintir dari kalangan ahli PAS yang tidak boleh menerima pandangan orang lain sama juga seperti ahli dan penyokong Umno. Pasti ada yang bersikap tertutup minda dan tidak boleh menerima pandangan orang lain.

Saudara menyatakan bahawa Umno lebih tahu hal Umno daripada PAS dan saudara mempersoalkan kenapa Umno dikritik begitu hebat. Jadi saya ingin nyatakan di sini bahawa PAS lebih tahu hal PAS daripada Umno. Bukan setakat Umno yang tidak mengenali dengan tepat peribadi PAS tetapi saudara sendiri tidak mengenali peribadi PAS sebenar-benarnya. Dan saya yakin, saudara juga sebenarnya tidak mengenali hati budi Umno dengan sebenar-benarnya kerana saudara bukannya ahli Umno dan saudara tidak tahu dengan sebenar-benarnya jika dalam diri dan batang tubuh Umno ada kurap dan kudis yang bernanah busuk.

Adakah saudara ahli Umno? Saya yakin saudara bukannya ahli Umno kerana sememangnya saudara sama sekali tidak layak untuk menganggotai Umno. Kenapa saudara tidak layak? Jawapannya cukup mudah, saudara bukannya berbangsa melayu.

Saudara,
Saudara cuba memberi perbandingan antara PAS dan Umno di Malaysia dengan Hamas dan Fatah di Palestin. Saudara cuba untuk membawa pemikiran dan pandangan saudara agar PAS dan Umno bersatu dengan menjadikan Hamas dan Fatah sebagai contoh perbandingan saudara.

Saya sejujurnya tidak menolak perpaduan, tetapi perpaduan yang bagaimana? Kita sepatutnya bersatu atas dasar Islam bukannya atas dasar bangsa. Sekiranya PAS menerima ajakan Umno untuk bersatu atas dasar bangsa, bagaimana pula dengan golongan seperti saudara? Maaf cakap, walaupun saudara beragama Islam tetapi saudara berbangsa cina. Jika perpaduan cara Umno di setujui oleh PAS, bagaimana pula dengan nasib golongan seperti saudara. Pasti tersisih kerana saudara bukannya melayu sepertimana diperjuangkan Umno.

Saudara,
Situasi di Palestin, jangan saudara samakan dengan situasi di Malaysia. Di Pelestin memang menuntut agar seluruh umat bersatu padu untuk menentang Zionis yang membunuh umat Palestin. Dan itu yang dilaksanakan oleh Hamas dan Fatah walaupun sebelum ini mereka saling bermusuh-musuhan. Berbeza pula situasi yang berlaku di Malaysia. Di negara kita memang kita juga perlu untuk bersatu padu tetapi untuk mencapai perpaduan itu, Umno perlu untuk menerima Islam sebagai teras pemerintahan. Umno juga perlu menerima Islam sebagai asas kehidupan sehari-hari. Jika Umno sanggup mengambil dan menerima Islam, maka tidak mustahil perpaduan akan tercapai bukan sahaja di kalangan bangsa melayu bahkan semua bangsa yang ada di Malaysia ini akan bersatu padu. Insya Allah.

Saudara,
Teguran dan pandangan saudara selama ini amatlah saya hargai dan saya yakin ramai lagi yang sependapat dengan saya. Kalau ada yang tidak sependapat, saya tak dapat nak kata apa. Cuma sekarang ini, saya amat berharap agar saudara boleh memberikan pendapat dan pandangan yang lebih adil dan telus. Maaf cakap, saya lihat pandangan saudara selama ini lebih bersifat berat sebelah.

Saudara,
Saudara boleh saja memberikan teguran yang membina kepada PAS tetapi dalam masa yang sama juga, saudara juga perlu memberikan teguran yang membina kepada Umno. Contohilah Prof Abdul Aziz Bari yang terbuka memberi pandangan. Walaupun beliau agak kritikal terhadap Umno tetapi dalam masa yang sama beliau juga pernah memberi teguran dan pandangan beliau kepada PAS.

Maaf, saya tak pernah lihat saudara memberikan teguran kepada Umno dan kepimpinan parti tersebut. Bukan sahaja dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran bahkan dalam aspek syariat juga saudara lebih mendiamkan diri. Saudara seharusnya lebih lantang memberikan teguran kepada Umno dan pemimpinnya jika mereka melakukan kemaksiatan dan penyelewengan. Saudara perlu menyatakan hukum syariat sekiranya mereka tidak mematuhi perintah-perintah Allah termasuklah dalam persoalan aurat. Saudara juga sepatutnya memberikan amaran sekiranya pemimpin dan ahli Umno menghina hukum Allah.

Saudara juga perlu memberi nasihat kepada pimpinan Umno agar tidak tunduk dengan kebiadapan Ultra Kiasu dalam komponen Barisan Nasional (BN). Saudara tentu tahu siapa Ultra Kiasu dalam BN yang saya maksudkan. Saudara perlu menyatakan pendirian tegas dalam soal ini atau saudara setuju dengan Ultra Kiasu tersebut yang mengatakan hukum Islam akan membawa kemunduran kepada Malaysia.

Banyak lagi penghinaan terhadap hukum syariat oleh Ultra Kiasu dalam BN yang selama ini saudara berdiam diri dan tidak menyatakan pandangan serta pendirian. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin dari kalangan Umno sendiri telah banyak kenyataan yang menghina hukum syariat diluahkan tetapi tidak mendapat perhatian serius dari saudara.

Saudara,
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada saudara agar cuba untuk mengenali PAS dengan lebih dekat lagi, bukannya hanya melihat dan mendengar dari jauh sahaja. Selalulah berbincang dan bermuzakarah dengan pimpinan-pimpinan PAS terutamanya dengan kepimpinan Ulama dalam PAS untuk lebih memahami prinsip PAS dan bukannya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Umno. Sebagai tokoh akademik, saudara sepatutnya lebih bijak untuk membuat kajian yang adil dan bukannya kajian sebelah pihak sahaja.

Sunday, December 25, 2011

JPN Memang Cekap Dan Pantas. Hari Ni Komplen Esok Terus Siap IC

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEMALAM, Sabtu 24 Disember 2011, Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya telah membuat pendedahan berkenaan masalah beliau untuk membuat kad pengenalan anak gadisnya yang telah lanjut usia 12 tahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak. Alasan yang diberikan oleh JPN Sarawak ialah sistem JPN menunjukkan bahawa anak gadis Dr Juanda berstatus 'stateless' (Tidak diketahui warganegara).

Penulis telah turut menyiarkan pendedahan Dr Juanda semalam di sini.

Ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Dr Juanda itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam telah membuat penjelasan bahawa kad pengenalan anak gadis Dr Juanda telah disiapkan oleh JPN Sarawak dan Mahmood memberi alasan, masalah yang berlaku adalah merupakan masalah komunikasi dan kakitangan kaunter yang kurang cekap memberi penjelasan. Lihat sini.

Apa yang terlintas dalam minda Penulis adalah, JPN Sarawak memang cekap dan pantas buat kerja kerana dari apa yang didedahkan oleh Dr Juanda ialah beliau ke JPN Sarawak untuk buat permohonan adalah pada 23 Disember 2011 dan kakitangan yang bertugas menyatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa kerana sistem JPN menyatakan status anak gadis Dr Juanda adalah stateless.

Alih-alih keesokan harinya, Tan Sri Mahmood Adam buat kenyataan kad pengenalan anak gadis Dr Juanda dah siap dan sedia untuk dikutip. Memang cekap dan pantas kerana kad pengenalan dapat disiapkan oleh JPN Sarawak cuma satu hari sahaja. Penulis memang kagum yang amat sangat dengan kecekapan dan kepantasan JPN Sarawak tersebut.

Penulis berharap agar kecekapan dan kepantasan JPN Sarawak itu dapat diteruskan selepas ini. Jangan hanya untuk kes-kes tertentu sahaja dan penulis juga berharap agar kecekapan dan kepantasan JPN Sarawak itu dicontohi oleh JPN di negeri-negeri lain kerana setakat ini pengalaman penulis, JPN di negeri lain hanya mampu menyiapkan kad pengenalan hanya selepas tiga minggu.

Penulis juga berharap agar pihak atasan jabatan kerajaan dan kementerian, tak kiralah jabatan dan kementerian mana sekalipun janganlah terlalu cepat dan pantas menuding jari menyalahkan kakitangan yang bertugas. Apa yang penulis lihat adalah kelemahan berlaku kerana pihak atasan gagal untuk memberikan latihan yang mencukupi kepada kakitangan yang bertugas terutamanya di kaunter-kaunter pelanggan.

Penulis juga berharap, pihak jabatan kerajaan serta kementerian juga perlu untuk mengkaji semula sistem-sistem yang digunapakai samada ianya sesuai ataupun tidak dan samada sistem tersebut menyusahkan atau menyenangkan urusan pelanggan.

Sukarnya Untuk Menyampaikan Ilmu Allah..

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.


p/s: Tak tahulah apa nak jadi dengan undang-undang di Malaysia ni. Orang nak menyampaikan ilmu Allah disulitkan dengan berbagai-bagai undang-undang dan peraturan manakala orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan dibiarkan dan dilepaskan dari tindakan undang-undang.

Saturday, December 24, 2011

Rasulullah Menangis Mengenangkan Azab Diterima Perempuan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAYIDINA ALI K.W. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Anak Gadis Mufti Perlis Dinafikan Hak Sebagai Warganegara

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAAF, mengikut sistem kami, anak perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri.

Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun.

Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008.

Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain.

Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu.

Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja.

Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia.

Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah!

Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU.

Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?

Dr Juanda bin Jaya,
Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia
Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP)
Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU)
ex-Visiting Fellow at
Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
University of Oxford

Friday, December 23, 2011

SBPA: Jangan Aniaya Penjawat Awam.

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

CUEPACS telahpun membuat pertemuan bagi membincangkan isu yang berbangkit berhubung perlaksanaan SBPA dan keputusannya Cuepacs diminta membuat perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membincangkan samada skim tersebut perlu ditangguhkan perlaksanaan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pagi semalam, yang turut disertai pegawai tertinggi Cuepacs, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.

Kaji Semula

Minda Penulis amat berharap agar skim baru ini akan dikaji semula dan dibuat beberapa penambahbaikan bagi memastikan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah tidak teraniaya kelak.

Bagi Minda Penulis, walau apa sekalipun skim yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, semua kakitangan atau penjawat awam akan terima dan tidak membantah. Cuma apa yang menjadi permasalahannya adalah beberapa perkara di dalam skim baru yang hendak dilaksanakan itu bakal menganiaya penjawat awam terutamanya yang berpangkat rendah.

Buang Kerja

Antara yang menjadi ketidakpuasan hati dan kebimbangan di kalangan penjawat awam berpangkat rendah ini adalah soal dimana dalam skim yang baru ini kakitangan atau penjawat awam yang berprestasi rendah akan menghadapi risiko dibuang kerja. Kita tidaklah membantah sekiranya penjawat awam yang bakal ditamatkan perkhidmatan tersebut benar-benar bermasalah terutamanya dengan masalah disiplin yang teruk atau melanggar undang-undang. Tetapi bagaimana pula sekiranya penjawat awam tersebut tidak bermasalah tetapi menjadi mangsa dengki dan khianat pegawai-pegawai atasan. Tidakkah ini akan menganiaya kakitangan awam berpangkat rendah? Kalau ini berlaku SBPA akan membawa makna 'SKIM BUANG PENJAWAT AWAM'.

Sekiranya ini berlaku, penjawat awam berpangkat rendah ini tidak mempunyai pilihan lain selain dari menjadi seorang yang 'MUNAFIK' dengan membodek dan mengampu pegawai atasan sepanjang masa bagi memastikan markah penilaian prestasi tahunan yang tinggi diperolehi.

Bodek Pegawai

Bagi penjawat awam yang dah sedia mempunyai sifat-sifat 'Munafik' di dalam diri, memang tidaklah menjadi suatu masalah baginya untuk setiap hari membodek dan mengampu pegawai atasan tetapi bagaimana pula dengan penjawat awam yang menjadikan kerja beliau sebagai 'ibadah'. Sudah tentu beliau tidak sanggup untuk menukarkan prinsip kerja sebagai ibadah tersebut dan menjadi seorang yang munafik dan mereka ini terpaksalah menerima opsyen 'Skim Buang Penjawat Awam' manakala bagi mereka yang sudah memang munafik atau sanggup bertukar menjadi munafik akan menerima SBPA sebagai 'SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN'

Minda Penulis berharap agar pertemuan antara Cuepacs dan JPA akan membuahkan hasil yang boleh melegakan semua kakitangan awam di Malaysia dan apa yang penting Cuepacs perlu memastikan agar Skim Buang Penjawat Awam dan Skim Bodek Pegawai Atasan tidak terlaksana. Biarlah SBPA yang bakal terlaksana kelak akan memuaskan hati dan menjamin kebajikan semua kakitangan awam di seluruh negara.

Wednesday, December 21, 2011

Kemuncup Dalam Perjuangan Dan Dasar PAS Yang Dijamin Majlis Syura'

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MEHNAH atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:
"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”
Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dakwat Kekal: Bertandingkah Ibrahim Ali?

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR) telah membuat pengumuman bahawa dakwat kekal akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang dan semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi. Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Ekoran dari pengumuman tersebut, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) melalui setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali memberi amaran, keputusan SPR itu akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.

Di samping mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal tersebut akan membawa negara ke belakang, Syed Hassan juga turut mendakwa bahawa keputusan tersebut adalah memalukan dan beliau telah membuat ugutan bahawa beliau dan ahli Perkasa tidak akan keluar mengundi. Baca sini

Terpulanglah, jika Perkasa dan ahli-ahlinya enggan keluar untuk mengundi pada PRU13 nanti kerana itu adalah menjadi hak masing-masing untuk membuat pilihan. Namun begitu, jika kata-kata Setiausaha Agung Perkasa itu benar-benar dikotakan, apakah Presiden pertubuhan tersebut iaitu Datuk Ibrahim Ali akan meneruskan hasrat beliau untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas, Kelantan pada PRU13 nanti?

Kita boleh buat andaian bahawa Ibrahim tidak akan bertanding pada PRU13 akan datang sebagai tanda bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh SPR.

Namun begitu sekiranya andaian tersebut tidak tepat dan Ibrahim meneruskan hasrat beliau untuk bertanding, siapa pula yang akan mengundi beliau sedangkan ahli Perkasa tidak mahu membuang undi. Jika ini berlaku, bermakna Ibrahim bakal kalah  pada PRU13 akan datang dan beliau berkemungkinan besar akan hilang wang pertaruhan.


Apapun, ini hanyalah andaian sahaja dan kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku selepas ini sama ada Perkasa benar-benar mengotakan kata-kata Setiausaha Agungnya ataupun tidak.

Monday, December 19, 2011

Haram Sembahyang Jenazah Orang Murtad

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malaysia Tempat Keempat Paling Rasuah Di Dunia

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

UNTUK dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa “pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian.” Ia juga menambah “Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini.”

Rasuah, kecurian dan pemberian faedah

Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai.

Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Tindakan separuh jalan

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.

Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib

Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.

Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.

Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?

Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah.

Disalin daripada Malaysia Cronicle

Sunday, December 18, 2011

Perpecahan Hanya Akan Menguntungkan Pihak Lawan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KITA kecewa dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam PAS sekarang ini kerana ianya satu perkembangan yang tidak baik untuk parti. Namun begitu, untuk menukarkan prinsip kami yang selama ini terpahat dalam hati dengan menukarkan sokongan kepada Umno adalah tidak mungkin sama sekali kerana kami sayangkan PAS dan prinsip perjuangan parti. Para pimpinan PAS diharapkan agar berhenti bertelagah sesama sendiri kerana ianya hanya akan menguntungkan pihak lawan. Janganlah kita terperangkap dengan agenda pihak lawan yang sentiasa ingin melihat kita sesama sendiri bertelagah dan seterusnya berpecah belah.

TG Dato’ Harun Taib : “Jauhi Tuduh Menuduh dan Kita Sayang Kepada Semua Ahli Kita”

Kuala Lumpur, 17hb Dis 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang perkembangan terkini PAS sepertimana yang hangat diperkatakan oleh media massa sejak mutakhir ini.

"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam” tegas beliau lagi.

Saturday, December 17, 2011

Ada Sebabnya Diharamkan Oleh Allah SWT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SETIAP apa yang dihukumkan sebagai haram oleh Allah SWT ada sebab dan musababnya. Semuanya ada dalam pengatahuan Allah SWT yang bersifat Maha Mengetahui. Ianya termasuklah hukum meminum arak atau apa sahaja benda-benda yang memabukkan. Apabila telah dihukumkan Allah SWT sebagai haram, maka tidak ada alasan lagi bagi kita sebagai hamba untuk menghalalkannya.

Padah enggan habiskan baki arak

Kuala Lipis: Akibat gagal mengawal emosi selepas mabuk, seorang lelaki bertindak luar dugaan apabila mencekik leher sebelum menghantuk kepala rakannya ke dinding dalam kejadian di Kampung Kenit, Pos Betau, di sini, Rabu lalu.

Akibat hantukan itu, mangsa, Kassim Bah Litap, 34, dari Kampung Kenit, di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai penoreh dipelawa seorang rakannya berusia 24 tahun datang ke rumah kira-kira jam 9 malam.

Difahamkan, ketika minum sambil berborak, mangsa dipercayai mendesak rakannya supaya menghabiskan baki arak dalam tin tetapi rakannya itu enggan kerana terlalu mabuk.

Bagaimanapun, mangsa terus mendesak membuatkan rakannya berang sebelum bangun dan mencekik leher dan dan menghantuk kepala mangsa ke dinding.

Ketua Polis Daerah, Supritenden Abdul Razak Hassan berkata, selepas dihantuk beberapa kali ke dinding, mangsa yang berdarah hidung terduduk tanpa berkata apa-apa sebelum meminta izin pulang ke rumah, kira-kira jam 12 tengah malam.

"Sebaik tiba di rumahnya, mangsa terus masuk ke bilik dan tidur sebelum dikejutkan isterinya kira-kira jam 10 pagi," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, suri rumah terbabit menyedari mangsa sudah tidak sedarkan diri dan isterinya itu menemui kesan darah beku pada hidung suaminya.

Susulan, itu suri rumah terbabit memaklumkan kepada ibu mertuanya sebelum menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Betau untuk pemeriksaan.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut namun dikejarkan ke Hoshah, Temerloh atas nasihat pakar perubatan.

"Bagaimanapun, polis mendapat panggilan daripada Hoshah, jam 5 petang kelmarin mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan di kepala," katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) membuat serbuan di rumah suspek sebelum menahannya yang sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, pada masa yang sama, polis merampas beberapa bahan bukti termasuk 10 tin minuman keras yang ditemui dalam rumah suspek sebelum dibawa ke IPD.

Kes terbabit yang pada asalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan tetapi ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Friday, December 16, 2011

Mursyidul Am: Beza PAS Dengan Umno

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi ‘road tax’ (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan “liya’budun” (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, ‘the way of life’. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

Sumber : Harakahdaily

Murtad Mengikut Pandangan Ulama'

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS
Disediakan oleh : Markaz Perjuangan Islam

Pendahuluan

Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.

Selain itu pengikut- pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain- lain.

Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.

Manakala yang mengamalkan ajaran- ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih luas mengikut pandangan ulama' Islam.

Definisi Murtad.

Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah berfirman, ertinya : Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama- lamanya). (surah al-Baqarah : 217)

Rasulullah bersabda, ertinya : Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya. (Hadis riwayat al- Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab- sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata- kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat- ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Saturday, December 10, 2011

Hina Hukum Allah = Tergelincir Aqidah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SYARIAT dan hukum Allah SWT tidak boleh dijadikan bahan sendaan dan wajib diyakini kebenaran sepenuhnya. Sekiranya ada di kalangan umat Islam yang menjadikannya sebagai bahan sendaan atau ada rasa ianya tidak adil dan tidak dapat menyelesaikan masalah umat, maka telah tergelincir aqidah orang itu dan wajib baginya untuk bertaubat dan kembali melafazkan dua kalimah syahadah.

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’
Written by Harakahdaily

Kuala Lumpur, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.

Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk.

"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.

"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.

Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik akaun bernama kawasaki9722.

Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.

Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.

Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".

Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.

Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan hukum Allah melalui drama pendek tersebut.

Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.

"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat.

"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

Friday, December 9, 2011

Dakwaan Satu Masjid : Alhamdulillah PAS Tidak Pernah Bina Satu Kasino dan Kilang Arak Pun!

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA LUMPUR, 8hb Dis 2011. Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu (1999-2004), PAS bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik di sanubari PAS untuk merestuinya. Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan Pusat Judi Genting dan Kilang Arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa kononnya bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan. ( Tetapi mengikut laporan terkini laporan tersebut dipersoalkan . Sila baca berita harakahdaily sepertimana dipetik pada penghujung berita ini yang bertajuk - Masjid: Adun pertikai laporan agensi berita)

“Bilangan masjid bukan matlamat kita tetapi memakmurkan masjid itulah yang menjadi objektif utama PAS, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkan asas bahawa memakmurkan masjid sebagai perkara utama dan mencela masjid yang dibina bukan diatas dasar taqwa kepada Allah sepertimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran tentang masjid Dhirar yang dicela oleh Allah s.w.t kerana ianya dibina bukan kerana Allah s.w.t” tegas beliau.

“Alhamdulillah PAS Tidak Pernah bina satu Kasino dan Kilang Arak pun! Siapa yang bina tempat tersebut di tanahair kita ini? Siapa yang rasmi kilang arak di negara kita? Semua rakyat khususnya yang beragama Islam sangat tahu tentang hakikat ini” soal beliau lagi.

“Rasulullah s.a.w melarang kita daripada memperkecilkan sesuatu amalan yang ma’ruf , mungkin ianya nampak kecil pada mata kita tetapi ia sebenarnya memberikan timbangan yang sangat berat pada hari akhirat kelak” sambung beliau.

“Pihak Umno sepatutnya memuhasabah diri terhadap perkara maksiat yang telah dilakukan termasuk mengizinkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam untuk terus berlaku dalam negara ini, kita harap umat Islam tidak terus memberi kepercayaan kepada Umno lagi dalam PRU yang akan datang kerana kegawatan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan Islam” ujar beliau lagi.

Putar Belit Media Tempatan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Masjid: Adun pertikai laporan agensi berita
M Faqih (Harakahdaily)

RANTAU PANJANG, 8 Dis: Agak mengejutkan apabila lain yang dicakap lain pula dilaporkan agensi berita milik kerajaan, seperti disiarkan beberapa akhbar utama hari ini.

Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun berkata, ketika berbual dengan wartawan agensi terbabit semalam beliau menceritakan kehebatan Masjid Beijing yang menjadi tumpuan pelancong sekarang.

“Saya sebut masjid tersebut dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri membabitkan kos kira-kira RM9 juta tanpa melibatkan sumbangan pihak lain.

“Itulah satu-satunya masjid dibiayai sepenuhnya kerajaan di kawasan parlimen Rantau Panjang. Manakala masjid lain diberi sumbangan mengikut keperluan.

”Saya tidak sebut Masjid Beijing satu-satunya masjid dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri di Kelantan. Ini sudah jauh menyimpang,” katnya di sini.

Abdul Fatah (gambar) menjelaskan perkara itu ekoran Utusan Malaysia dalam laporan muka hadapan hari ini mendakwa kononnya hanya satu masjid dibina kerajaan PAS sepanjang 20 tahun.

Malah berita sama turut disiarkan beberapa lagi akhbar lain.

Sebelum itu Abdul Fatah hadir pada majlis penyampaian geran tanah kepada 200 penduduk di Kampung Bukit Tandak disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Rantau Panjang meluahkan rasa kesal di atas laporan terbabit yang jelas menyimpang daripada maksud asal.

Difahamkan juga beberapa akhbar milik Umno hari ini cuba mengeksploitasi berita berkenaan dengan mencari pandangan daripada pelbagai pihak bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Abdul Fatah berkata, berita seumpama itu tentunya ditertawa orang kerana banyak masjid dibina kerajaan negeri dalam tempoh begitu lama.

Contohnya Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian disiapkan kerajaan sekarang selepas terbengkalai begitu lama di bawah kerajaan dahulu.

Selain itu Masjid Jubli Perak ada di Pulai Chondong, Paloh dan Lojing. Masjid Kota Darulnaim, Masjid Baarah dan banyak lagi.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, laporan dibuat media milik Umno secara jelas semata-mata bagi memburukkan Kelantan dengan berita berbentuk propaganda murahan.

”Konsep yang ditekankan di Kelantan memastikan rakyat juga mengambil bahagian dalam pembinaan masjid, bagi memastikan mereka juga ada saham di akhirat.

”Apa yang lebih penting mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu,” katanya.

Beliau juga berkata, Lajnah Penerangan PAS Kelantan menerbit risalah khas dikenali sebagai Purnama yang membuatkan pelbagai isu semasa.

Katanya, sebanyak 10,000 naskah dicetak, diterbit setiap Jumaat diberi percuma bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat semasa.

Edisi pertama berada di pasaran minggu lepas. Dan esok pelancarannya akan diadakan di Medan Ilmu disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dah Tersepit Baru Ingat PAS Ini Melayu

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa Pas adalah parti orang Melayu. Selama ini mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu. Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini.

Berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganak tirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.

Sekarang mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno. Terbaru seruan Datuk Seri Najib di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan Dap demi agama dan melayu, dan menuduh Pas kuda tunggangan Dap

1. Ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka “MCA” begitu biadab dengan Islam dan Melayu. Kenapa mereka tidak menegur keceluparan mulut Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap Islam. Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP? Semalam NGO pro Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke 51. Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?. Semua tindakan ini memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Pemimpin Umno hentikanlah pelawaan untuk bersatu dengan PAS. PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan. PAS mendahului Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana ini adalah lumrah perjuangan. Perjuangan PAS semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat, ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
9/12/11

Thursday, December 8, 2011

Hentikan Mempolitikkan Hukum Hudud

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

EKORAN cabaran MCA untuk berdebat dengan DAP berhubung isu hudud, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan agar persoalan hukum dalam agama Islam itu menjadi bahan perdebatan mana-mana pihak hanya untuk dijadikan sebagai modal politik.

Menurut beliau, sebarang debat atau cabar mencabar berhubung isu hudud perlu dihentikan segera kerana ia dilihat semakin dipolitikkan.

Sebagai manusia katanya, samada yang beragama Islam atau tidak, tidak sepatutnya mencabar hukum yang datangnya dari Allah SWT. Beliau juga menegaskan bahawa hudud adalah undang-undang dan peraturan Allah, maka ianya tidak sepatutnya menjadi bahan perdebatan tetapi wajib dilaksanakan.

Isu hukum hudud kini semakin dipanaskan apabila Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdebat mengenai isu hudud dan ianya disiarkan di televisyen.

Sebelum ini juga, umat Islam juga dikejutkan dengan tindakan tidak wajar Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin dan juga ulama muda Umno, Mohd Fathul Bari yang menyertai satu forum anjuran MCA untuk menyerang hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Minda Penulis amat bersetuju dengan saranan dari Mufti Selangor itu dan mengharapkan agar MCA serta Umno sendiri supaya berhenti mempolitikkan isu hukum hudud. Jangan terlalu lantang menghina hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berhentilah segala perbuatan khianat kepada agama sebelum datangnya bala dan balasan dari Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...