Keberkatan Berjamaah
SABDA Rasulullah s.a.w, “Dua orang lebih baik dari seorang, tiga orang lebih baik dari dua orang, dan empat orang lebih baik dari tiga orang. Tetaplah kamu dalam jemaah. Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla tidak akan menyatukan umatku kecuali dalam petunjuk (hidayah).” [HR: Abu Dawud]
Maha Agung Allah Yang Menciptakan manusia dengan pelbagai sifat dan karakternya. Ada yang pendiam, periang, pemarah dan sensitif. Pelbagai keperibadian muncul dalam setiap orang manusia. Tapi semua perbezaan itu, bukan alasan untuk tidak boleh hidup dan berkerjasama.
Jangan jadi seperti kambing yang rela dimakan serigala
Rasulullah SAW pernah memberi wasiat agar seorang muslim sentiasa hidup bersama saudaranya. “Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang tercicir dari kelompoknya.” (Al-Hadits)
Sudah menjadi perkara semulajadi bahawa kambing adalah selalunya menjadi mangsa serigala kerana dengan kambing iaitu sasaran tidak mempunyai pertahanan atau lemah.
Sebaliknya, juga menjadi semulajadi kambing selalu di dalam kumpulannya.Tapi, mungkin kerana sesuatu perkara, seekor kambing boleh tercicir.
Banyak sebab kenapa kambing boleh terlepas dari rombongan. Mungkin kerana kambing memang lemah. Ia tidak sempat mengikut gerak lincah kawan-kawannya. Sebab kedua, kambing sedang sakit. Dan sebab ketiga, sang kambing terlalu lincah sehingga kerap meninggalkan kumpulannya.
Dari keadaan tersebut, bersendirian tidak pernah menguntungkan kambing. Sama sahaja, apakah kambing tersebut sangat lemah, atau sangat kuat sekali pun. Kerana yang menjadi perkiraan serigala bukan lemah atau kuatnya. Tapi, kerana kambing itu bersendirian.
Ada keberkatan dalam jemaah
Sebahagian besar aktiviti hidup Rasulullah SAW, berada dalam jemaah. Bermula dari solat wajib yang tidak pernah ditunaikan kecuali dalam jemaah, sehingga pada soal makan. Kerana dari jemaah, ada keberkatan.
Keberkatan merupakan nilai tambah pada satu nikmat, dari segi jumlah dan atau mutu. Jumlah menjadikan nikmat terus bertambah banyak. Selalu tambah dan tambah. Dan mutu, memberikan nikmat punya nilai tambah psikologi. Ada ketenangan dan kepuasan.
Syarat keberkatan dalam jemaah ada dua: beriman dan bertakwa. Allah swt. berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96. “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi….”
Dengan nilai berkah, musibah yang teruk melanda pun akan terasa ringan. “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-156)
Tidak ada yang sukar jika bersama
Maha Benar Allah dalam firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 104. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Kesolehan, kecerdasan, dan kekuatan secara peribadi sahaja belum cukup dalam mengharungi tugas-tugas kehidupan. Jemaah menjadikan yang susah menjadi lebih mudah.
Jemaah itu menyihatkan
Jarang orang menyedari adanya nikmat sihat dalam suasana jemaah.
Jemaah secara tidak langsung memaksa individu untuk berinteraksi satu sama lain. Dari interaksi itulah ada unsur gerak. Mulai dari gerak fizik seperti pancaindera dan kaki, sehingga pada gerakan otak dan batin.
Terapi ini digunakan di negara-negara maju teknologi seperti Amerika dan Eropah untuk mengubati pesakit yang sakit batin. Boleh kecewa, stress, dan mengalami kekecewaan yang parah. Caranya mudah. Pesakit dikumpulkan dalam sebuah kumpulan. Mereka bertemu secara rutin dalam bimbingan seorang doktor. Tidak ada yang dilakukan oleh doktor, kecuali mengarahkan peserta untuk saling bercerita dan mendengarkan pengalaman masing-masing. Dan ternyata, terapi ini boleh menyembuhkan.
No comments:
Post a Comment