Powered By Blogger

Friday, January 21, 2011

CHUA SOI LEK HINA ISLAM LAGI

Presiden MCA, Chua Soi Lek sekali lagi menghina Islam. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor, Chua Soi Lek yang pernah terpalit dengan skandal seks telah mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan terhadap ajaran Islam. Tindakan beliau tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap PAS sehinggakan beliau tergamak mengeluarkan kenyataan yang amat mengguriskan hati umat Islam yang benar-benar menghayati dan memahami ajaran Islam.

Antara kenyataan beliau dalam majlis tersebut adalah "Normala (calon PAS pada PRK Dun Tenang) tidak akan datang ke kuil cina ini. Dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini. Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan. Jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS". 
Kata Chua lagi, "Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah sahaja. Undilah PAS".

Perlu dijelaskan dan dimengertikan bahawa Islam mengharamkan persentuhan kulit secara sengaja antara laki-laki dengan perempuan bukan muhrim termasuklah dalam hal berjabat tangan. Pengharaman ini telah ditetapkan oleh Allah SWT dan bukannya sengaja direka-reka oleh PAS. Semua pihak perlu menghormati segala apa yang terkandung di dalam ajaran Islam termasuklah bukan Islam. Chua atau sesiapa sahaja tidak sepatutnya mempersoalkan nilai-nilai atau perintah yang terkandung di dalam agama Islam. Jika umat Islam boleh menghormati agama lain, kenapa pula bukan Islam hendak mempersoalkan ajaran dalam agama Islam.  Dalam soal ini, Umno perlu memberikan kefahaman kepada rakan kongsi dari penganut agama lain. Kita mahu supaya pihak yang berwajib, termasuklah Jamil Khir atau mufti Perak memberikan penjelasan dan teguran kepada rakan mereka. Kita tidak mahu, Jamil Khir atau mufti perak atau sesiapa sahaja yang mempunyai autoriti dalam hal agama Islam mendiamkan diri sahaja. Jangan kerana kenyataan berbentuk penghinaan itu keluar dari mulut rakan kongsi sendiri, maka mereka mendiamkan diri sahaja. Di mana iman kalian dan di mana kasih sayang kalian kepada agama kalian?

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA itu, amat jelas sekali bahawa beliau amat membenci ajaran Islam. Beliau jelas sedang menghidapi penyakit yang digelar sebagai Islamfobia. Saya percaya, Chua sebenarnya amat takut sekiranya PAS menguasai negara maka beliau dan orang-orang sepertinya tidak boleh lagi untuk melakukan kedurjanaan di negara ini. Mungkin dalam fikiran beliau terlintas "jika Islam memerintah Malaysia, tak bolehlah lagi aku melanggan betina selepas ini. Tak bolehlah lagi aku melantak rasuah sepuas-puasnya" Wallahuaklam..

Disamping kenyataan beliau sebagaimana yang dinyatakan di atas, Chua juga turut mengeluarkan kenyataan berikut, "Umno tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna. Tengok negeri Kelantan yang diperintah PAS. Kalau anda mempunyai rakan di Kelantan, tanya mereka mengenai kerajaan PAS Kelantan".
Kata beliau lagi, "Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat. Jika tidak nilai rasuah mereka juga besar"

Dari kenyataan beliau itu dapat kita lihat bahawa, MCA mengakui bahawa Umno dan BN mengamalkan rasuah. Kita ucapkan terima kasih dan tahniah kerana dalam hal ini Chua seorang yang jujur. Namun begitu alasan yang beliau berikan itu pada pandangan saya adalah alasan kartun yang memalukan diri sendiri. Bak kata pepatah melayu, menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri atau meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Jelas bahawa Umno dan parti komponen BN termasuk MCA sendiri mempunyai masalah dengan rasuah. Chua tak perlu untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada kerajaan PAS Kelantan kerana kerajaan Kelantan telah terbukti mempunyai rekod yang bersih dalam soal masalah rasuah dan ini diakui sendiri oleh SPRM.

Ingin dijelaskan disini, Kerajaan Kelantan bersih dari rasuah bukannya kerana hanya memerintah sebuah kerajaan negeri tapi kerajaan Kelantan bersih dari rasuah adalah kerana usaha pemimpin yang ada untuk memastikan kerajaan negeri bebas dari rasuah. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan dilihat amat berkesan dalam melahirkan kakitangan dan masyarakat yang berintegriti tinggi. Ingin juga dijelaskan disini jika hendak melakukan rasuah, tidak perlu untuk menunggu memerintah kerajaan pusat kerana pokok pangkalnya adalah hati masing-masing. Kalau tidak masakan ada jabatan kerajaan boleh terlibat dengan gejala rasuah yang amat teruk. Adakah ketua jabatan ini pemimpin kerajaan pusat? Jawapannya tidak. Jadi pada pandangan saya, alasan  Chua adalah sama sekali tidak masuk akal.

Bagi Umno pula, saya berpandangan bahawa kepimpinan Umno terutamanya Najib Tun Razak perlu menilai kembali hubungan Umno dengan MCA. Bukannya apa, Saya lihat disini banyak kenyataan Chua dan juga pemimpin MCA yang lain telah menjatuhkan maruah Umno sendiri. Saya lihat disini, dalam sibuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Chua turut menyelitkan serangan terhadap Umno sendiri. Kalau MCA betul-betul menghargai persahabatan dengan Umno maka bagi saya, Chua tidak akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengaibkan Umno itu sendiri. Mungkin selama ini Umno tidak perasan serangan tersebut tetapi dari kenyataan yang telah dibuat di Tenang itu, rasa-rasanya kalau Umno masih tak nampak lagi, terus terang saya katakan bahawa Umno memang bongok. Wallahuaklam..

3 comments:

Kabutar Diesel said...

my bro:dia ni cukup mulia sebab tu dia tak dikenakan apa2 tindakan..bahkan semasa beliau terlibat dalam adengan porno pun beliau disanjung tinggi juga...saya tak pelik bila mana cina menghina islam kerna pemimpim melayu lagi teruk menghina islam bab kata mudah 2 x 5 je..bezanya jika kenyataan itu keluar dari pakatan rakyat maka kompem ISA la jawabnya

Abe Yon Ibnu Hashim said...

betul tu bro. artis porno ni berani hina Islam sebab rakan dia dr umngok yg ngaku beragama Islam sendiri terang-terangan berani hina hukum Islam.

Abe Yon Ibnu Hashim said...

terbaru rakan kongsi MCA iaitu TPM (umno dan Islam) sokong kenyataan Ah Lek Porno. tindakan bebal dari org yang tidak sayangkan agama sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...