Powered By Blogger

Monday, January 10, 2011

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Kenalkah kamu kepadaku?""Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

4 comments:

Kabutar Diesel said...

salam ziarah my bro

Kabutar Diesel said...

my bro sila ke blog http://coratcoretsoshylady.blogspot.com/

kak jah hehehehe

Abe Yon Ibnu Hashim said...

hehehe.. dah jadi follower dah.. Blog dah buat lama dah cuma tak tahu nak mula. Sekarang baru diberi ilham oleh-Nya untuk mula berkarya sikit2

Kabutar Diesel said...

bagus2 selamat berkarya my bro!!!!thanks banyak2 perkongsian ilmu yang baik dari 2 posting my bro!satu permulaan yang baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...