Powered By Blogger

Saturday, March 3, 2012

Najib Janji Nak Ubah Lanskap Negeri Kelantan.

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAMAK Memanda Menteri Perdana, Najib Abdul Razak dalam lawatan beliau buat kesekian kalinya ke negeri Kelantan telah mengulangi tradisi pimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau dalam sebutan bahasa penjajah United Malay National Organisation (Umno) menghamburkan pelbagai janji yang muluk untuk rakyat negeri yang masih lagi bernanah telinga dan berkudis di hati bilamana dihina dan dicaci beliau sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Kali ini bukan lagi janji pembangunan yang disemburkan bersama buih-buih air liur di pinggir bibirnya, tetapi janji untuk mengubah lanskap Kelantan berpaksi kepada Islam dengan mempertahankan ilmu, akidah dan akhlak jika diberi mandat oleh rakyat untuk menjatuh dan mengguling kerajaan Kelantan pada pilihanraya umum akan datang. Baca sini

Penulis tidak pasti paksi Islam yang bagaimana yang bermain-main dan berkejar-kejaran di dalam benak fikiran Mamak Memanda Menteri Perdana tersebut. Adakah mungkin berpaksikan kepada pembinaan sebuah kasino besar di Kelantan sebagaimana Genting Highland di negeri Darul Makmur kelahiran beliau?

Mamak Memanda Menteri Perdana juga berjanji untuk mempertahankan ilmu, akidah dan akhlak jika diberi mandat oleh rakyat Kelantan. Kita ucapkan alhamdulillah dengan janji tersebut, namun dalam soal ilmu, penulis berpendapat, Mamak Memanda Menteri Perdana perlu terlebih dahulu meningkatkan tahap keilmuan Islam di kalangan rakyat negeri lain termasuklah di Pahang yang masih lagi terumbang ambing, hanyut dipukul badai maksiat dan taufan kejahilan sebelum berkira-kira untuk mempertahankan apa yang telah sedia ada di Kelantan.

Tidak keterlaluan jika diperingatkan kepada Mamak Memanda Menteri Perdana yang mungkin dilanda insomnia bahawa di Kelantanlah yang paling banyak melahirkan masyarakat berpengatahuan Islam jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Mungkin tahap insomnia Mamak Memanda Menteri Perdana sudah berada di tahap kritikal kerana beliau tidak menyedari bahawa di Kelantanlah paling banyak memiliki pusat-pusat pengajian yang bertunjangkan Islam. 

Bila bicara mengenai persoalan akidah, penulis kecewa kerana tahap insomnia Mamak Memanda Menteri Perdana agak teruk. Lupakah Mamak Memanda Menteri Perdana pada 26 Februari 2012, di Sarawak bekas Mamak Memanda Menteri Perdana telah mengungkapkan kata-kata bahawa hukum hudud tiada dalam al-Qur'an? Bukankah itu suatu yang menjejaskan akidah sipengungkap dan juga sesiapa juga yang termakan dengan ungkapan tersebut? Maka lebih wajarlah, Mamak Memanda Menteri Perdana terlebih dahulu memulihkan akidah bekas Mamak Memanda Menteri Perdana sebelum berkira-kira untuk menjaga akidah rakyat di Kelantan.

Manakala dalam soal akhlak pula, penulis boleh tersenyum sinis kerana memang sah tahap insomnia Mamak Memanda Menteri Perdana telah berada pada tahap kritikal dan membimbangkan kerana Mamak Memanda Menteri Perdana lupa dengan akhlak beliau dan keluarga sendiri, menteri-menteri serta keluarga menteri beliau. Mamak Memanda Menteri Perdana lupa bahawa banyak skandal-skandal seks yang berlegar-legar di kalangan dan dalam lingkungan pertubuhan yang diterajui oleh Mamak Memanda Menteri Perdana sendiri. 

Begitu juga dengan skandal-skandal mengenai penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat yang berlegar-legar, berpusing-pusing di kalangan orang-orang Mamak Memanda Menteri Perdana sendiri. Jadi bagaimana kiranya rakyat Kelantan boleh menyerahkan diri kepada orang yang mempunyai masalah akhlak untuk menjaga akhlak rakyat. Ini ibarat menyerahkan kebun sayur yang luas untuk dijaga oleh sekawan lembu. Hasilnya kebun sayur hancur dan yang kenyang menyandar di tiang adalah lembu-lembu itu sendiri.

Kata jaminan Mamak Memanda Menteri Perdana bahawa masalah yang membelenggu rakyat negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu akan diselesaikan jika pertubuhan beliau diberi kuasa untuk memerintah. Mamak Memanda Menteri Perdana tak sedar bahawa apa yang dikatakan sebagai masalah oleh beliau sebenarnya berpunca dari kepimpinan pertubuhan beliau sendiri. Beliau mungkin tidak sedar atau sengaja buat tak sedar bahawa kerajaan Kelantan sejak diambil alih oleh kerajaan yang ada sekarang telah dianak tirikan dan dinafikan hak-hak sebagai sebuah negeri berdaulat di dalam negara Malaysia.

Mungkin perlu untuk diingatkan bahawa semenjak mengambil alih pentadbiran Kelantan, kerajaan yang ada sekarang, dengan sumber kewangan yang terhad telah berusaha sedaya upaya untuk menjelaskan tahi-tahi hutang sebanyak lebih dari RM700 Juta yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu yang diperintah oleh kalangan pertubuhan Mamak Memanda Menteri Perdana sendiri dan dalam masa yang sama, hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh Kelantan dari kerajaan persekutuan telah dinafi dan disekat. 

Mamak Memanda Menteri Perdana juga sepatutnya memastikan bahawa hak royalti petroleum perlu dikembalikan kepada rakyat Kelantan melalui kerajaan negeri yang ada sekarang barulah rakyat boleh membuat penilaian samada kerajaan Kelantan yang ada sekarang ini mampu atau tidak menyelesaikan permasalahan yang dikatakan oleh Mamak Memanda Menteri Perdana tersebut. Mamak Memanda Menteri Perdana dan juga pemimpin pertubuhannya tidak perlu menjadikan isu bekalan air bersih, kemudahan asas dan perumahan sebagai bahan politik sempit Mamak Memanda Menteri Perdana kerana majoriti rakyat Kelantan amat mengetahui akan keikhlasan kerajaan Kelantan yang ada sekarang ini.

Begitu juga persolan Ladang Rakyat yang dimain-mainkan oleh kalangan media pengampu serta penjilat air liur Mamak Memanda Menteri Perdana dan pertubuhan yang dikuasai, tak perlu di main-mainkan lagi berulang-ulang kali kerana majoriti rakyat Kelantan mengetahui bahawa isu tersebut hanya dimainkan untuk kepentingan dan keuntungan politik kalangan pertubuhan Mamak Memanda Menteri Perdana sendiri.

Penulis ingin jelaskan di sini bahawa tak perlu Mamak Memanda Menteri Perdana sibuk berjanji untuk mengubah lanskap Kelantan, kerana lanskap negeri Kelantan lebih baik jika hendak dibandingkan dengan lanskap negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan lain-lain lagi negeri yang masih dikuasai oleh Pekembar atau penjajah sebut Umno. 

p/s: Mamak Memanda Menteri Perdana memang muka tak reti malu. Lepas kutuk dan hina negeri Kelantan, masih lagi terhegeh-hegeh datang nak merayu undi. Kirim Salam sajelah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...