Powered By Blogger

Saturday, March 24, 2012

Hasan Ali Perlu Jawab Tuduhan Bazir Ratusan Ribu

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga merupakan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin bin Ali pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor telah mendakwa bahawa bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan bin Ali telah melakukan pembaziran ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya.

Menurut Azmin, bekas exco terbabit yang merupakan seorang pemimpin PAS yang telah dipecat keahlian telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau semasa menjawat jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.


Bekas Exco terbabit juga turut didakwa oleh Azmin membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan Persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan bekas Exco terbabit juga turut dibidas oleh Azmin kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. Baca di
sini

Penulis berpendapat, Datuk Dr Hasan Ali perlu menjawab dan menjelaskan dakwaan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut. Ini kerana tuduhan tersebut adalah melibatkan soal integriti Hasan sendiri.


Penulis walau bagaimanapun agak musykil, kerana tuduhan ke atas Hasan itu hanya timbul ketika Hasan telah disingkirkan dari jawatan exco. Persoalan timbul, kenapa kepimpinan negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap Hasan semasa beliau masih berada dalam kerajaan negeri? Adakah kerana Hasan pada masa tersebut adalah seorang ahli sebuah parti yang menganggotai pakatan, maka kesalahan tersebut perlu dibiarkan sahaja?


Apapun, pihak Kerajaan Negeri Selangor perlu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terutamanya SPRM sekiranya tuduhan terhadap Hasan itu adalah satu tuduhan yang mempunyai asas dan bukti yang kukuh. Wakil Kerajaan Negeri tidak seharusnya hanya berani menggunakan sidang Dewan Undangan Negeri sahaja untuk membuat suatu tuduhan terhadap lawan.


Manakala bagi Datuk Dr Hasan Ali pula seharusnya menjawab tuduhan serta dakwaan yang telah dilontarkan oleh Azmin tersebut sekiranya tuduhan tersebut adalah suatu tuduhan yang tidak benar serta tidak berasas. Sebagai seorang yang mendakwa serta gah dengan slogan dan cita-cita untuk mendaulatkan Islam, Bangsa Melayu dan Raja-Raja, beliau perlu bingkas bangun untuk menafikan tuduhan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...