Powered By Blogger

Tuesday, March 13, 2012

Abdul Rahman Auf

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ABDUL RAHMAN IBNU AUF atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Nabi. Beliau telah menggunakan nama Abdur Rahman selepas memeluk Islam, dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam.

Beliau berasal daripada keturunan Bani Zuhrah. Beliau lahir pada tahun 580 Masihi di Makkah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah. Beliau memeluk Islam melalui saidina Abu Bakar r.a. Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.

Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikuti ekspidisi tersebut. Setibanya Abdur Rahman di Madinah, beliau dipersaudarakan oleh baginda kepada seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabi'ah.

Abdur Rahman juga merupakan ahli jawatankuasa Syura yang berenam. Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya. Namun, Abdur Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.

Abdur Rahman terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah. Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.

Selain itu juga Abdur Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebnyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangngan. Begitu juga, kebaikannya terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Beliau pernah dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat Subuh dengan dihadiri oleh baginda. Beliau juga menyertai dalam bebberapa perang seberti Badar, Uhud , Khandak dan Tabuk.

Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh orang Yahudi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...