Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Tuesday, January 25, 2011

UMNO DAN BN BUTA SEJARAH

Pilihanraya kecil dun Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari 2011 nanti bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan Umno dimana PAS mempertaruhkan muslimat sebagai calon untuk merampas kerusi tersebut dari tangan Umno. Tersentak dengan pemilihan calon dari muslimat itu, Umno dan sekutunya dalam BN mula memainkan beberapa isu untuk menyerang PAS dan peribadi calon itu sendiri. termasuklah fitnah jijik yang menuduh calon PAS melakukan zina. Nauzubillahiminzalik... Sebagai contohnya, Parti MCA dan Gerakan telah memainkan isu yang menyentuh persoalan agama untuk memburuk-burukkan imej calon PAS sekaligus cuba untuk menakut-nakutkan pengundi-pengundi dari kaum Tionghua terutamanya. Namun begitu, tidak perlu saya nyatakan isu apa kerana semua pihak semestinya sedia maklum apa isu yang dimainkan oleh MCA dan Gerakan.

Namun begitu, isu-isu yang dibangkitkan oleh MCA dan Gerakan itu dilihat tidak mampu untuk menjatuhkan PAS dan calon kerana ramai pengundi-pengundi dari masyarakat bukan Islam diyakini matang untuk membuat penilaian sendiri. Di samping isu-isu itu telah dijawab oleh PAS sendiri dan apa yang agak membanggakan adalah isu tersebut turut dijawab oleh rakan-rakan PAS dari DAP dan PKR sehinggakan pada akhirnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meminta MCA dan Gerakan agar menghentikan isu-isu yang menyentuh pegangan agama dengan alasan yang diberi adalah banyak perkara lain yang lebih perlu diutamakan oleh BN.

Namun begitu, serangan-serangan terhadap PAS tidak terhenti setakat itu sahaja. Umno sekarang didapati memanipulasikan isu pemilihan calon PAS dari kalangan muslimat pula dan perjuangan Umno itu turut dibantu oleh pihak-pihak media-media arus perdana. Boleh dikatakan media-media tunggangan Umno ini setiap hari memainkan isu-isu sebegini untuk menghasut pemikiran masyarakat.

Sebagai contohnya akhbar Berita Harian pada Selasa 25 Januari 2011 dalam ruangan  'Cakap-Cakap', penulis yang menggelarkan diri sebagai Mamat telah menuduh PAS tidak ada pendirian bila memilih calon dari muslimat. Mamat ini juga mendakwa pengikut PAS jadi tak tenang sebab PAS diketahui mempunyai pandangan yang negetif terhadap wanita. Ruangan 'Minda Pengarang' akhbar yang sama pada tarikh yang sama juga mendakwa PAS terdesak untuk mengiktiraf wanita bagi mendapatkan undi golongan wanita yang meliputi lebih 50 peratus undi di Dun Tenang. Penulis 'Minda Pengarang' juga mendakwa PAS menggadai pendirian semata-mata untuk kepentingan politik. Penulis ruangan tersebut juga turut menuduh PAS selama ini mendiskriminasikan dan menafikan prestasi pemimpin wanita dalam PAS dan banyak lagi tuduhan serta fitnah yang yang dilemparkan terhadap PAS.

Sebagai menjawab tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap PAS, perlu saya nyatakan bahawa semua tuduhan serta fitnah tersebut adalah karut. Tuduhan si Mamat dalam ruangan 'Cakap-Cakap' adalah bersifat tuduhan kosong kerana PAS tidak pernah mempunyai pandangan yang negetif terhadap wanita selama ini dan bagi penyokong-penyokong PAS, sememangnya sudah memahami prinsip PAS tersebut. PAS selama ini tidak pernah menafikan hak serta potensi muslimat, sebaliknya pendirian PAS tersebut adalah berpandukan keadaan semasa yang mana PAS tidak menurunkan calon muslimat adalah pada ketika yang dirasakan tidak sesuai untuk mencalonkan muslimat atas faktor-faktor keselamatan calon itu sendiri. Untuk rekod, satu ketika calon dari kalangan muslimat tidak sesuai kerana Umno memiliki pasukan 'Pemuda Tahan Lasak' yang seringkali bertindak kasar dan ganas terhadap calon PAS. Sebagai contohnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah diserang oleh pasukan ini. Sebagai contoh juga dan telah tercatat dalam lipatan sejarah di mana ada calon serta petugas PAS telah terbunuh ekoran dari tindakan ganas pasukan ini. Maka kerana itulah, PAS pada suatu ketika tidak menurunkan calon dari kalangan muslimat. Bukan kerana menafikan potensi muslimat, tetapi adalah kerana faktor-faktor keselamatan calon itu sendiri. Dan kini, PAS bersedia untuk menurunkan calon-calon dari kalangan muslimat kerana PAS meyakini bahawa keselamatan calon dari muslimat kini lebih terjamin.

Manakala bagi menjawab tuduhan penulis ruangan 'Minda Pengarang' pula, ditegaskan di sini bawa PAS tidak pernah terdesak dan tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan selama ini dan PAS juga tidak panik dan sekali lagi ditegaskan bahawa PAS juga pernah mendiskriminasikan golongan muslimat. Untuk makluman, PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh muslimat dalam perjuangan PAS dan penghargaan tersebut kekal dari dulu sehingga ke hari ini. Tidak timbul langsung soal PAS panik kerana calon yang dipilih di Dun Tenang mempunyai kelayakan untuk bertanding di situ dan dilihat boleh memainkan peranan yang besar untuk membantu dan berkhidmat untuk masyarakat di kawasan tersebut.

Umno dan media arus perdana seharusnya perlu melihat kembali sejarah perjuangan PAS selama ini. Mungkin Umno lupa bahawa pada tahun 70an, PAS pernah meletakkan calon muslimat iaitu Khatijah Sidek untuk bertanding di Parlimen  Dungun dan hasilnya, calon tersebut menang dengan majoriti yang agak besar. Dan Umno serta media arus perdana sepatutnya tidak lupa dengan Adun dan Ahli Parlimen dari kalangan muslimat PAS yang masih lagi berkhidmat sehingga sekarang ini, contohnya  Dr. Lo' Lo' Ghazali, Dr Mariah Mahmud, Ustazah Siti Zailah dan lain-lain lagi atau apakah Umno serta media arus perdana sudah tidak boleh mengenal jantina antara lelaki dan perempuan. Bagi saya sekiranya Umno dan media sudah tidak boleh mengenal perbezaan jantina lagi, ini bermakna Umno dan media sudah sampai pada tahap nyanyuk dan sudah sepatutnya PAS mengambil alih tempat Umno sebagai pentadbir negara ini. Wallahuaklam...

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut




Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.a. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.a.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Saturday, January 22, 2011

Adakah Mohd Nor Deris Masih Mempunyai Kasyaf?

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KALI ini saya ingin melanjutkan lagi perbicaraan isu yang ditimbulkan sebelum ini iaitu penghinaan oleh presiden MCA terhadap tuntutan/ajaran Islam.

Sebelum ini, Umno sering melakukan serangan terhadap PAS atas dakwaan PAS bersekongkol dengan DAP yang digelar oleh beberapa pemimpin dan ahli Umno sebagai kafir harbi sehinggakan berlaku sedikit kekecohan yang timbul bilamana seorang pemimpin Umno Pengkalan Chepa, Kelantan telah menyerang dan memaki hamun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada kempen pilihanraya kecil Dun Galas tahun lepas.


Pemimpin tersebut adalah Mohd Nor Deris secara terang-terangan memanggil DAP sebagai kafir harbi kerana didakwa memusuhi Islam. Mohd Nor Deris juga sanggup menolak huluran salaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana beliau mendakwa beliau melihat tangan Tuan Guru seperti tangan syaitan. Aduh.. hebat sekali si Mohd Nor Deris ini. Tindakan beliau itu adalah kerana beliau mempersoalkan kerjasama PAS dengan DAP yang digelar sebagai kafir harbi kerana pemimpin DAP, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan "Islamic State. Over my dead body"

Kita akui bahawa Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan kita akui juga bahawa ramai umat Islam yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut tetapi sedarkah kita bahawa tidak kurang juga umat Islam sendiri yang bertepuk tangan mendengar kenyataan tersebut dan berkata pada muka dengan PAS. Walaubagaimanapun dari satu aspek, kenyataan tersebut masih belum lagi sampai ke tahap menghina agama Islam. PAS sebagai rakan kongsi DAP mengambil tanggungjawab untuk memahamkan DAP dengan persoalan negara Islam dan hasilnya, Karpal Singh menyatakan kesedian DAP untuk berbincang dengan PAS dalam isu negara Islam.

Beralih kepada si Mohd Nor Deris ini. Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selagi PAS terus berpakat dengan DAP. Beliau juga menyatakan bukan saja beliau sanggup bersalam bahkan memeluk Tuan Guru sekiranya PAS menyertai BN.

Adakah Mohd Nor Deris sedar bahawa dalam BN adanya MCA, adanya MIC, Gerakan, PPP dan lain lain lagi parti yang dikuasai oleh bukan Islam. Kalau Mohd Nor Deris marah pada PAS sebab bersahabat dengan DAP yang tidak bersetuju dengan negara Islam, bagaimana pula dengan MCA, Gerakan, PPP yang juga tidak bersetuju dengan negara Islam.  Adakah beliau sedar bahawa MCA lebih teruk dari DAP kerana MCA bukan sahaja menolak negara Islam tetapi presidennya turut mengeluarkan banyak kenyataan yang berbentuk penghinaan kepada agama Islam sendiri.  Kenapa pula Mohd Nor Deris tidak gelarkan juga MCA sebagai kafir harbi? Adakah kerana parti tersebut adalah rakan kongsi kepada Umno dalam BN maka tak boleh panggil kafir harbi?

Dimana suara Mohd Nor Deris bila Chua Soi Lek menghina Islam? Kenapa beliau tidak menghentam MCA? Kalau beliau kata boleh lihat tangan Tuan Guru seperti tangan syaitan kerana bersahabat dengan DAP, adakah beliau tidak mampu melihat tangan syaitan presiden Umno. Bukankah Umno juga bersekongkol dengan parti yang memusuhi Islam? Sudikah Mohd Nor Deris bersalam tangan dengan Najib?

Sehingga ke hari ini, saya masih menunggu penjelasan Mohd Nor Deris dalam soal ini. Adakah beliau akan beri penjelasan atau hanya akan bersembunyi ibarat tikus yang melihat kucing kelaparan. Wallahuaklam...

Friday, January 21, 2011

CHUA SOI LEK HINA ISLAM LAGI

Presiden MCA, Chua Soi Lek sekali lagi menghina Islam. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor, Chua Soi Lek yang pernah terpalit dengan skandal seks telah mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan terhadap ajaran Islam. Tindakan beliau tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap PAS sehinggakan beliau tergamak mengeluarkan kenyataan yang amat mengguriskan hati umat Islam yang benar-benar menghayati dan memahami ajaran Islam.

Antara kenyataan beliau dalam majlis tersebut adalah "Normala (calon PAS pada PRK Dun Tenang) tidak akan datang ke kuil cina ini. Dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini. Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan. Jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS". 
Kata Chua lagi, "Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah sahaja. Undilah PAS".

Perlu dijelaskan dan dimengertikan bahawa Islam mengharamkan persentuhan kulit secara sengaja antara laki-laki dengan perempuan bukan muhrim termasuklah dalam hal berjabat tangan. Pengharaman ini telah ditetapkan oleh Allah SWT dan bukannya sengaja direka-reka oleh PAS. Semua pihak perlu menghormati segala apa yang terkandung di dalam ajaran Islam termasuklah bukan Islam. Chua atau sesiapa sahaja tidak sepatutnya mempersoalkan nilai-nilai atau perintah yang terkandung di dalam agama Islam. Jika umat Islam boleh menghormati agama lain, kenapa pula bukan Islam hendak mempersoalkan ajaran dalam agama Islam.  Dalam soal ini, Umno perlu memberikan kefahaman kepada rakan kongsi dari penganut agama lain. Kita mahu supaya pihak yang berwajib, termasuklah Jamil Khir atau mufti Perak memberikan penjelasan dan teguran kepada rakan mereka. Kita tidak mahu, Jamil Khir atau mufti perak atau sesiapa sahaja yang mempunyai autoriti dalam hal agama Islam mendiamkan diri sahaja. Jangan kerana kenyataan berbentuk penghinaan itu keluar dari mulut rakan kongsi sendiri, maka mereka mendiamkan diri sahaja. Di mana iman kalian dan di mana kasih sayang kalian kepada agama kalian?

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA itu, amat jelas sekali bahawa beliau amat membenci ajaran Islam. Beliau jelas sedang menghidapi penyakit yang digelar sebagai Islamfobia. Saya percaya, Chua sebenarnya amat takut sekiranya PAS menguasai negara maka beliau dan orang-orang sepertinya tidak boleh lagi untuk melakukan kedurjanaan di negara ini. Mungkin dalam fikiran beliau terlintas "jika Islam memerintah Malaysia, tak bolehlah lagi aku melanggan betina selepas ini. Tak bolehlah lagi aku melantak rasuah sepuas-puasnya" Wallahuaklam..

Disamping kenyataan beliau sebagaimana yang dinyatakan di atas, Chua juga turut mengeluarkan kenyataan berikut, "Umno tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna. Tengok negeri Kelantan yang diperintah PAS. Kalau anda mempunyai rakan di Kelantan, tanya mereka mengenai kerajaan PAS Kelantan".
Kata beliau lagi, "Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat. Jika tidak nilai rasuah mereka juga besar"

Dari kenyataan beliau itu dapat kita lihat bahawa, MCA mengakui bahawa Umno dan BN mengamalkan rasuah. Kita ucapkan terima kasih dan tahniah kerana dalam hal ini Chua seorang yang jujur. Namun begitu alasan yang beliau berikan itu pada pandangan saya adalah alasan kartun yang memalukan diri sendiri. Bak kata pepatah melayu, menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri atau meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Jelas bahawa Umno dan parti komponen BN termasuk MCA sendiri mempunyai masalah dengan rasuah. Chua tak perlu untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada kerajaan PAS Kelantan kerana kerajaan Kelantan telah terbukti mempunyai rekod yang bersih dalam soal masalah rasuah dan ini diakui sendiri oleh SPRM.

Ingin dijelaskan disini, Kerajaan Kelantan bersih dari rasuah bukannya kerana hanya memerintah sebuah kerajaan negeri tapi kerajaan Kelantan bersih dari rasuah adalah kerana usaha pemimpin yang ada untuk memastikan kerajaan negeri bebas dari rasuah. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan dilihat amat berkesan dalam melahirkan kakitangan dan masyarakat yang berintegriti tinggi. Ingin juga dijelaskan disini jika hendak melakukan rasuah, tidak perlu untuk menunggu memerintah kerajaan pusat kerana pokok pangkalnya adalah hati masing-masing. Kalau tidak masakan ada jabatan kerajaan boleh terlibat dengan gejala rasuah yang amat teruk. Adakah ketua jabatan ini pemimpin kerajaan pusat? Jawapannya tidak. Jadi pada pandangan saya, alasan  Chua adalah sama sekali tidak masuk akal.

Bagi Umno pula, saya berpandangan bahawa kepimpinan Umno terutamanya Najib Tun Razak perlu menilai kembali hubungan Umno dengan MCA. Bukannya apa, Saya lihat disini banyak kenyataan Chua dan juga pemimpin MCA yang lain telah menjatuhkan maruah Umno sendiri. Saya lihat disini, dalam sibuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Chua turut menyelitkan serangan terhadap Umno sendiri. Kalau MCA betul-betul menghargai persahabatan dengan Umno maka bagi saya, Chua tidak akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengaibkan Umno itu sendiri. Mungkin selama ini Umno tidak perasan serangan tersebut tetapi dari kenyataan yang telah dibuat di Tenang itu, rasa-rasanya kalau Umno masih tak nampak lagi, terus terang saya katakan bahawa Umno memang bongok. Wallahuaklam..

SPR DI AWAL TAHUN 2011

Tahun 2011 masih lagi berada di bulan pertama. Namun dalam bulan pertama ini (Januari), negara kita bakal menghadapi satu pilihanraya kecil di negeri Johor Darul Ta'zim iaitu di Dun Tenang. Pilihanraya kecil tersebut bakal diadakan bilamana penyandang bagi Dun tersebut iaitu Datuk Sulaiman Taha dari parti Umno telah kembali ke rahmatullah pada 17 Disember 2010. Ekoran dari kematian adun tersebut, SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon adalah pada 22 Januari 2011 manakala 30 Januari 2011 adalah merupakan tarikh pengundian untuk menentukan siapa yang akan mewakili rakyat di Dun Tenang. Dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan tersebut, Umno telah mengumumkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis, Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan Dun Tenang manakala PAS pula mempertaruhkan calon dari muslimat iaitu Ketua Muslimat PAS Labis yang juga merupakan bekas seorang guru iaitu Puan Normala Sudirman sebagai pencabarnya.

Dalam masa SPR dan parti-parti bertanding sedang sibuk di Dun Tenang, Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim telah melakukan kejutan bilamana beliau telah mengishtiharkan bahawa kerusi Dun Pelabuhan Klang yang kini sedang disandang oleh sdr Badrul Hisham Abdullah telah dikosongkan. Pengumuman tersebut dibuat dengan alasan Adun tersebut yang sebelum ini memenangi kerusi tersebut atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi telah melompat keluar dan kini menjadi Adun Bebas telah gagal untuk menghadiri sidang Dun Selangor melebihi 6 bulan. Secara automatiknya, apabila speaker telah mengumumkan kekosongan satu-satu kerusi maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan untuk mencari pengganti. Namun dalam hal ini, penyandang kerusi tersebut telah menafikan bahawa beliau telah gagal untuk menghadiri sidang selama lebih 6 bulan dan beliau bercadang untuk mencabar perkara tersebut di mahkamah manakala dipihak SPR pula dilihat cuba untuk berdolak dalik bila pengerusi badan tersebut telah mempertikaikan kuasa speaker untuk mengumumkan kekosongan kerusi Dun. Pengerusi SPR tersebut mendakwa  sepatutnya speaker perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada SPR sebelum membuat pengumuman.

Dalam rakyat sedang berkira-kira kemungkinan dua pilihanraya kecil akan berlaku di awal tahun ini, kita telah dikejutkan pula dengan kematian Adun Merlimau iaitu Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari 2011 kerana serangan jantung. Allahyarham menjadi Adun kawasan tersebut setelah beliau yang mewakili parti Umno telah menewaskan calon PAS iaitu Mejar(B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. Sehubungan itu, SPR tidak mempunyai pilihan lain selain dari mengumumkan satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi dan SPR dilihat tidak boleh berdolak-dalik di Merlimau kerana kekosongan berlaku kerana kematian.

Seawal tahun 2011, SPR nampaknya terpaksa bekerja keras kerana yang pastinya badan 'bebas' tersebut hendak tak hendak terpaksa menguruskan dua pilihanraya kecil iaitu Dun Tenang dan Merlimau. Itu yang sudah tentu pasti. Manakala bagi Dun Pelabuhan Klang pula, SPR perlu bersilat untuk mengelakkan dari berlakunya pilihanraya kecil kerana sekiranya pilihanraya kecil terpaksa juga diadakan di Dun Pelabuhan Klang, ianya dilihat bakal menguntungkan Pakatan Rakyat dan Umno mungkin terpaksa menelan kepahitan.

Maka sama-samalah kita lihat nanti samada Dun Tenang dan Merlimau berjaya dipertahankan oleh Umno atau rakyat di kedua-dua Dun tersebut bakal beralih arah dan sama-samalah kita lihat samada Dun Pelabuhan Kelang bakal menyaksikan satu pilihanraya kecil akan diadakan atau ianya bakal menerima nasib yang sama dengan Dun Kota Seputeh di Kedah yang sehingga sekarang masih lagi kosong tanpa pengganti walaupun mahkamah telah mengesahkan kekosongan tersebut. Bak kata orang putih "Just wait and see". 

FATHIMAH AZ-ZAHRA DAN PENGGILING GANDUM

gambar hiasan
Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anaknya Fathimah az-zahra r.a. Didapatinya anaknya sedang menggiling syair (sejenis gandum) dengan menggunakan sebuah penggiling tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anaknya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah r.a. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anaknya. Fathimah r.a. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda! sudikah kiranya ayahanda meminta 'Ali (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anaknya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anaknya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (ertinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka". Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya, "Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang Fisabilillah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menghias rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Saturday, January 15, 2011

SERUAN AZAN: HAK UMAT ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

Baru-baru ini, Umat Islam di negara kita dikejutkan dengan bantahan yang telah dibuat oleh seorang peguam dari parti MCA terhadap laungan azan dari sebuah masjid. Peguam tersebut telah mendakwa bahawa laungan azan yang dikumandangkan oleh muazzin di masjid Al-Ikhlasiah, Lembah Pantai terlalu kuat dan nyaring sehingga mengganggu tidur beliau yang tinggal di Pangsapuri Pantai Hill Park berhampiran dengan masjid. Beliau juga mendakwa telah membuat bantahan kepada pihak JAWI, Jakim dan PDRM tetapi tidak diendahkan dan tiada sebarang tindakan lanjut. Sehubungan itu, peguam tersebut sekali lagi telah menghantar surat bantahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dan beliau turut menghantar salinan kepada Perdana Menteri Malaysia. Surat bantahan beliau itu juga turut disiarkan melalui laman facebook. Beliau turut meminta agar hak asasi beliau dihormati. Beliau juga meminta agar hak beliau untuk berehat dihormati dan tidak diganggu. Ekoran dari bantahan yang telah dibuat oleh peguam tersebut, pihak pengurusan masjid berkenaan telah mendapat arahan dari pihak atasan untuk memperlahankan bunyi alat pembesar dari masjid berkenaan dan khutbah Jumaat hanya boleh didengari oleh jemaah yang berada di dalam masjid sahaja.

Persoalan sekarang, kenapa pihak berkuasa agama Islam tidak mempertahankan pengurusan masjid tersebut. Dalam hendak menjaga perasaan dan hak masyarakat bukan Islam, kenapa perasaan dan hak umat Islam di abaikan dan tidak diberi perhatian. Sepatutnya pihak berkuasa agama dan juga menteri yang berkaitan perlu memperjelaskan fungsi dan keperluan azan kepada umat Islam. Dalam soal yang bersangkutan dengan persoalan agama, pihak berkuasa tidak sepatutnya tunduk dengan kehendak masyarakat bukan Islam. Kita bukannya hendak menafikan hak bukan Islam, tetapi kita mahu hak umat Islam dijaga dan dipelihara. Kita sama sekali tidak boleh berkompromi sekiranya hak umat Islam dicabuli sesuka hati.


Kita dan semestinya pemerintah seharusnya sedar bahawa seruan azan adalah bertujuan untuk memanggil umat Islam untuk mengerjakan solat. Azan bukan hanya sekadar sebagai penanda masuknya waktu solat tetapi ianya juga untuk menyedarkan hamba-Nya yang sedang lalai. Azan adalah sebagai seruan supaya hamba Allah segera mengingati-Nya. Azan adalah sebagai seruan untuk bersolat (Hayyalassolah) dan azan juga adalah seruan untuk menuju kejayaan (Hayyalalfalah).


Umat Islam disuruh melaungkan seruan azan bukan sahaja dikala hendak bersolat. Dalam ketika menghadapi musibah contohnya kebakaran, dan juga ketika menghadapi kekuatan musuh. Dengan azan, itulah sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah, sebagai tanda kekuatan umat Islam dan juga sebagai senjata umat Islam ketika berhadapan dengan ancaman. 

Justeru, seruan azan perlu dilaungkan dengan sekuat-kuatnya. Pemerintah di negara yang kononnya sebuah negara Islam seharusnya mempertahankan hak-hak umat Islam termasuklah dalam persoalan seruan azan. Masyarakat umat Islam di Malaysia seharusnya mencontohi sikap masyarakat bukan Islam di Kelantan yang begitu menghormati hak-hak orang Islam. Sehingga kini, tidak pernah kedengaran masyarakat bukan Islam di Kelantan merungut dengan laungan azan. Mereka boleh menerimanya sebagai hak umat Islam yang perlu dihormati. Dan jika ada di kalangan masyarakat bukan Islam yang masih tidak boleh mendengar laungan azan dan menganggapnya sebagai gangguan termasuk sewaktu tidur, jalan yang terbaik untuk anda adalah berpindahlah sahaja dari kawasan berhampiran masjid atau surau. Carilah kawasan yang tidak terdapat manusia kerana kalian sebenarnya tidak layak untuk bermasyarakat. 

Thursday, January 13, 2011

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MINTA PEMIMPIN SERTA AHLI PR DAN PAS TIDAK GUSAR

Berikut adalah laporan yang disiarkan oleh portal Malaysiakini berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:-

azlan ** Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.
"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.  
Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar.**

Jadi, perlu kita semua fahami disini bahawa, pendirian Tuan Guru adalah jelas dan beliau masih tetap dengan pendirian beliau berhubung isu Kerajaan Perpaduan. Isu pertemuan yang dikatakan sebagai pertemuan sulit antara Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan Najib Razak dipercayai sengaja dihebohkan untuk menggugat kekuatan dan kesepakatan yang terjalin antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.  Kita semua perlu ingat bahawa, isu Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO ini bukanlah suatu isu yang baru kerana isu yang sama ini telah beberapa kali dihangatkan sebelum ini terutama sekali menjelang berlakunya Pilihan Raya Kecil di negara kita (terutama sekali jika PRK yang melibatkan pertembungan antara PAS dan BN). Ini menunjukkan bahawa BN, terutamanya UMNO itu sendiri sebenarnya amat gentar dengan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh PAS berbanding UMNO. Dan kita sebenarnya amat yakin bahawa isu ini akan senyap apabila selesai PRK Dun Tenang nanti dan tidak mustahil isu ini akan kembali dihangatkan oleh UMNO melalui media-media yang menjadi tunggangan apabila berlaku lagi pilihanraya samada umum atau kecil di negara kita. Tunggu dan lihat....

Wednesday, January 12, 2011

KURMA MADINAH

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik. Musim kurma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat sedikit, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.a tetap berangkat ke medan jihad. Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.a agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.a tetapi isteri para sahabat r.a pun tidak lepas dari hasutan mereka. Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.a dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, keuntungan mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.a tidak mengalami kerugian sedikit pun. Sampai hari ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

sekadar gambar hiasan
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?", kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?". Tanya Nabi Musa
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s."'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."  Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR. ADAKAH SEMUA ADUN AKAN MENYOKONG


ADUN BN di Selangor dicabar menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari ini bagi meminda undang-undang tubuh negeri itu.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata kehadiran mereka itu untuk membuktikan mereka menjunjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah dan setia kepada negeri itu.

Persoalan sekarang, adakah kesemua Adun dari BN akan menghadiri sidang tersebut? Dan sekiranya mereka hadir, adakah mereka akan menyokong pindaan undang-undang tubuh negeri bertujuan untuk mengembalikan kuasa Sultan? Apa yang nyata sekarang kesemua Adun di negeri Selangor perlu menghadiri sidang tersebut dan menyokong pindaan yang hendak dibuat. Sekiranya ada yang gagal untuk hadir tanpa sebab yang munasabah atau gagal untuk menyokong pindaan tersebut, adakah mereka telah menderhaka kepada Sultan? Jawapannya, tepuk dada, tanyalah selera. Lu fikirlah sendiri

Tuesday, January 11, 2011

KISAH LANGIT DAN BUMI

Adapun terjadinya peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman maksudnya, "Tidak wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
sekadar gambar hiasan
Kemudian Jibrail A.S pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Isra' dan Mi'raj.

KEBERKATAN MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suamnya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
sekadar gambar hiasan
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya ditempat selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian, isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia mia membukanya dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim," Ketika itu Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya semula.
Alangkah terperanjat suaminya. Dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila hendak memulakan sesuatu kerja.

Monday, January 10, 2011

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : · Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
sekadar gambar hiasan
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

KISAH LIMA PERKARA ANEH

sekadar gambar hiasan
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Kenalkah kamu kepadaku?""Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...