Powered By Blogger

Wednesday, June 6, 2012

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Difitnah Buat Rumah Mewah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TERSEBAR dalam laman facebook sekarang ini gambar sebuah banglo mewah dalam pembinaan yang dikatakan sebagai milik Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Namun begitu amat mudah sekali disedari bahawa tuduhan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu adalah suatu fitnah yang jahat. 

Inilah rumah yang dikatakan
Mengikut maklumat yang diperolehi, rumah yang dikatakan sebagai milik Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu sebenarnya adalah milik seorang peniaga beras yang terletak di PERLIS. Untuk rekod, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Kelantan dan bukannya Menteri Besar Perlis. Tak mungkin Tuan Guru nak buat rumah di Perlis sedangkan dia tinggal di Kelantan. Lagi satu dikatakan kos pembinaan rumah tersebut adalah RM500 ribu. Lagi tak masuk akal kerana kalau dilihat pada gambar tersebut, harga yang boleh diandaikan adalah melebihi RM1 juta.

Kalau posting fitnah itu tidak dipadamkan oleh pembuat fitnah tersebut, kita dapat tengok posting fitnah tersebut di sini. Dan kalau kita nak berkenalan dengan tukang buat fitnah tersebut, boleh lihat di sini. Kalau kita bukak pages tersebut, boleh dikatakan hampir semua posting dalam pages tersebut adalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, sama-sama nilaikan sendiri dan jangan kita termakan dengan fitnah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...