Powered By Blogger

Wednesday, June 13, 2012

Jawapan Kepada Hinaan Tun M Terhadap Syariat Allah Dan Sunnah Rasulullah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENULIS rasa nak jawab kedua-dua komen (gambar di atas) bekas PM Malaysia ni. Yang pertamanya soal aurat.

Tutup aurat adalah wajib tanpa ada tolak ansurnya. Kalau kita tak tutup aurat, hukumnya berdosa dan akan akan mendapat balasan neraka di akhirat nanti kecuali bagi mereka yang sempat untuk bertaubat. Islam bukannya terletak atau tertegak atas nama kita atau agama ibu bapa (keturunan) kita, tetapi Islam terletak dan tertegak atas keimanan, keyakinan dan ketaatan kita terhadap segala perintah dan larangan dari Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. tanpa ada sebarang bantahan atau pertikaian. Untuk apa kita dikenali sebagai orang Islam tapi dalam masa yang sama kita engkar pada perintah dan laranganNya. Jangan kita Islam hanya pada nama tapi amalan perbuatan kita tidak menggambarkan kita sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa. 

Kalau Tun M kata tujuan tutup aurat kerana di zaman nabi, arab jahiliyyah kuat nafsu dan sering menculik dan merogol wanita dari kabilah-kabilah lain, apakah zaman sekarang ini semua itu tidak berlaku termasuklah di Malaysia. Orang Malaysia juga ada yang kuat nafsu. Wanita-wanita Malaysia bahkan lebih dasyat lagi kanak-kanak yang tak tahu apa-apapun ada juga yang jadi mangsa culik dan rogol. Jadi kenapa pula kita tak boleh nak wajibkan kaum wanita Islam di Malaysia ini agar menutup aurat dengan sempurna? Apakah Tun M fikir, zaman kita ni lebih baik dan sempurna jika nak dibandingkan dengan zaman Nabi s.a.w.?

Dan yang keduanya pula adalah persoalan janggut. Tun M pertikai rupa janggut Nabi s.a.w. Tun M juga kata simpan janggut 'kononnya' sunnah Nabi s.a.w. Tun M pertikai zaman nabi susah untuk bercukur sebab tidak ada Gillette dan tidak ada pisau cukur.  

Menyimpan janggut adalah salah satu dari sunnah Nabi s.a.w. Macamana rupa janggut Nabi s.a.w. ada dijelaskan dalam kitab-kitab tulisan ulama'-ulama' mu'tabar. Kalau Tun M kata zaman nabi susah untuk bercukur sebab tidak ada Gillette dan tidak ada pisau cukur, cuba jelaskan bagaimana nak mencukur bulu ketiak dan bulu kemaluan pada masa itu. Ada siapa yang boleh jelaskan bagaimana? Kita semua tahu bulu ketiak dan bulu kemaluan adalah bulu yang tercela dan menjadi tempat bergantung syaitan dan iblis jadi ianya perlu dicukur atau dibuang. Bahkan jatuh hukum wajib bagi seorang perempuan sekiranya diperintahkan oleh suami untuk mencukurnya. Kalau ikut lojik akal Tun M maka tak bolehlah nak cukur bulu ketiak dan bulu kemaluan. Kalau tak boleh nak cukur maka panjang berjelalah dan serabailah bulu-bulu tersebut.

Penulis teringat satu kisah yang meriwayatkan tentang janggut, tapi tidaklah ingat dengan tepat kisah tersebut. Lebih kurangnya begini kisahnya: Ada seorang sahabat Nabi s.a.w  yang menyimpan janggut. Setiap kali bila Nabi s.a.w. bertemu dengan sahabat ini, Nabi s.a.w. tersenyum melihat wajah sahabat ini. Al-kisahnya pada suatu hari, sahabat ini telah mencukur janggutnya (Penulis tak tahu sahabat ni cukur janggutnya pakai apa). Kemudian, sahabat ini pergilah bertemu dengan Nabi s.a.w. Bila terpandang saja muka sahabat ini, wajah Nabi s.a.w terus berubah menjadi muram dan bersedih. Sahabat tersebut yang rasa hairan dengan perubahan sikap Nabi s.a.w terus bertanya kenapa Baginda berubah wajahnya menjadi muram dan bersedih sedangkan sebelum itu, Nabi s.a.w. tidak pernah bersikap sebegitu.

Apa jawapan Nabi s.a.w? Nabi s.a.w menjawab bahawa Baginda bersedih kerana sebelum itu, Baginda melihat ramai bidadari sedang bergantung dan bermain-main pada janggut sahabat tersebut tetapi kali ini, Baginda tidak dapat melihat lagi bidadari-bidadari pada janggut sahabat itu kerana sahabat itu telah membuang atau mencukur janggutnya. Wallahuaklam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...