Powered By Blogger

Saturday, August 13, 2011

Ibrahim Ali Bakal Dihukum Oleh Pengundi Pasir Mas

NONEAHLI parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Dalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".
"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.
Ibrahim diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.
Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008. - Malaysiakini


Minda Penulis terpanggil untuk mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa Ibrahim Ali mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Minda Penulis rasakan dakwaan pensyarah tersebut dibuat berdasarkan pandangan beliau yang kurang tepat. Sebenarnya pada pendapat Minda Penulis yang terbukti dikongsi oleh ramai rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan umumnya dan khususnya para pengundi di parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali memang (bukan mungkin) ditolak oleh majoriti pengundi-pengundi Pasir Mas.

Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan Ibrahim bakal kalah kerana pengundi sudah beralih kepada Pakatan Rakyat sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana pengundi-pengundi Pasir Mas sememangnya majoritinya adalah penyokong PAS sejak dari dulu lagi.

Penolakan terhadap Ibrahim tersebut sebenarnya bukan kerana kesan dari perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi ianya sebenarnya adalah kesan dari pengkhianatan Ibrahim terhadap kepercayaan yang diberikan oleh PAS kepada beliau untuk menjadi calon pada PRU12 yang lalu.

Kalau nak diikutkan, Ibrahim Ali sebenarnya memang tidak mendapat sokongan majoriti dari pengundi Pasir Mas pada PRU12 dulu. Tetapi memandangkan PAS dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bermurah hati memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas di bawah tiket parti PAS bagi menentang calon UMNO-BN, maka pengundi-pengundi Pasir Mas hanya memendamkan sahaja perasaan tidak bersetuju tersebut dan memberikan undi kepada Ibrahim dengan andaian "aku undi PAS bukan undi Ibrahim Ali".

Berdasarkan fakta di atas, kata-kata Ibrahim Ali iaitu "Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," adalah kata-kata atau ungkapan dari seorang yang angkuh dan tak sedar diri. Pada PRU13 akan datang Ibrahim Ali bakal dihukum oleh pengundi-pengundi Pasir Mas sekiranya beliau masih lagi mahu bertanding di parlimen tersebut.

1 comment:

Kabutar Diesel said...

baso berahim tak sedar diri tak sedar diuntung..kita orang undi PAS bukan undi berahim yang langsung tiada jasanya di pasir mas..jasa besar beliau pada rakyat pasir mas hanyalah maki hamun je..tak lebih dari itu pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...