Powered By Blogger

Thursday, August 11, 2011

Isu Murtad: PAS Sudah Lama Bersuara

EKORAN dari serbuan yang dilakukan oleh JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor baru-baru ini maka hebohlah seluruh negara dengan isu ini. Tidak ketinggalan UMNO dan sekutunya mengambil peluang dari tindakan JAIS tersebut untuk menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan untuk menonjolkan diri sebagai pejuang yang mempertahankan akidah umat Islam.

Alhamdulillah sekiranya memang benar apa yang dilakukan oleh UMNO dan sekutunya itu bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Namun begitu kenapa baru sekarang. kenapa tidak sedari dulu lagi UMNO dan sekutu memperjuangkan isu ini?

Bukan niat untuk mempertikaikan keikhlasan UMNO dan sekutu. Tapi Minda Penulis lihat isu berkaitan dengan tindakan JAIS ini seolah-olah terlalu diperbesar-besarkan. Minda Penulis juga tertanya-tanya kenapa isu-isu sebegini sebelum ini tidak dihiraukan langsung oleh UMNO dan sekutu terutamanya Perkasa. Kes-kes sebegini bukanlah pertama kali berlaku di negara kita. Sebelum ini, semasa UMNO masih menguasai majoriti pemerintahan negara termasuklah di Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain, kes-kes sebegini sebenarnya telahpun berlaku. Kes-kes seperti kes Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamaruddin, Yusuf bin Abdullah dan lain-lain lagi kenapa UMNO dan sekutu seolah-olah masih sedang dibuai mimpi indah.

Dalam masa UMNO dan sekutu seolah-olah sedang lena dibuai mimpi indah, PAS telah mengorak langkah setakat termampu dalam menangani isu murtad di negara kita. Sebelum ini dalam sidang di Dewan Parlimen PAS telahpun membuat usul agar isu murtad dibincangkan dalam sidang parlimen tapi hasilnya, usul yang dibawa oleh PAS tersebut ditolak. PAS juga pernah mencadangkan agar satu undang-undang khas digubal untuk mengatasi gejala murtad di kalangan umat Islam negara kita tapi malangnya, cadangan tersebut tidak mendapat perhatian dari kepimpinan negara.

Umat Islam sekarang ini amat mengalu-alukan satu tindakan tegas dari kepimpinan negara untuk membendung gejala murtad yang berlaku sekarang ini. Umat Islam tidak mahu berlakunya lagi kes-kes seperti kes Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamaruddin, Yusuf bin Abdullah dan lain-lain.


Kes Aisyah Bukhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta.

Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 sahaja, seramai 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, apabila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di Kuala Lumpur sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar. Dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam, datuknya Haji Tahir juga seorang imam. Aisyah juga hafal surah Yasin dan surah Sajadah pun dia hafal. Apabila beliau masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Dari segi keterampilan, Aisyah dan kakaknya adalah sama seperti gadis melayu Islam yang menitikberatkan soal kesopanan dan keagamaan. Setiap hari beliau yang tinggal di Kuala Lumpur selama hampir 2 tahun menghubungi bapanya melalui telefon. Dan kali terakhir beliau menelefon bapanya adalah pada 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan betapa hancurnya hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan teman lelaki Aisyah itu memohon Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang diberi, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan Sultan, merasmi parlimen dan lain lain. Tak lebih dari itu. Bila masuk soal kehidupan, politik, ekonomi perlembagaan menolak hukum syara'.

Artikel 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini bermakna hukum syara' yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui junjungan besar kita Muhammad SAW adalah terbatal sekiranya bertentangan dengan perlembagaan.


Kes Hartina Haji Kamarudin.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan sebagaimana seorang Hindu. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa seolah-olah mencabar bapanya, membawa pulang teman lelaki dan kawan-kawan teman lelaki sambil berpeluk-peluk dalam keadaan Hartini pun sudah Hindu. Apa yang boleh dibuat oleh Haji Kamaruddin pada masa itu melainkan Haji Kamarudin terus menetak teman lelaki anaknya di tengkuk.

Haji Kamarudin kemudiannya diserang dan dibelasah oleh kawan-kawan teman lelaki Hartini sehingga hampir pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut dibelasah kerana hendak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report menyatakan bapa kandung pukul teman lelaki dia. Selama 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih yang beragama hindu. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul rakan-rakan teman lelaki Hartini), Haji Kamarudin ditangkap polis semula apabila teman lelaki Hartini ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang kononnya Negara Islam.

As-Syeikh Yusof al-Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Kes Yusuf bin Abdullah (Santana)

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Mempunyai seorang isteri yang masih beragama hindu. Ada anak lelaki, nama Sunjay berusia lingkungan 2 tahun pada waktu itu. Beliau telah mengajak isterinya untuk memeluk agama Islam mengikuti jejak langkah abangnya yang telah lebih 20 tahun memeluk Islam. Namun begitu siisteri enggan menuruti lalu Yusof membawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si isteri yang masih lagi hindu datang semula dan melarikan anak ini ke Kuala Lumpur dengan kekasih barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta Mahkamah Syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Setelah permohonan Yusuf diluluskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar, Yusuf pun datang ke Kuala Lumpur dan ambil balik anak beliau. Si emak kemudiannya pergi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah Alor Setar dan mendapatkan hak penjagaan anak. Setelah perbicaraan dijalankan, mahkamah tinggi menyerahkan hak penjagaan anak kepada si emak ini.

Atas alasan telah memperolehi hak penjagaan anak dari mahkamah syariah, Yusuf enggan menyerahkan anak kepada bekas isterinya. Bila si emak ini gagal ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya bekas isteri Yusuf ini, dia minta pulak mahkamah tinggi membatalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Kes Suzie Teoh

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah memeluk Islam atas kehendak dan kerelaan diri sendiri. Bapa Suzie yang berang dan tidak bersetuju dengan tindakan Suzie mengambil tindakan saman ke atas anak sendiri dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Si bapa kemudiannya mengheret anak dia ke mahkamah persekutuan dan memohon pada makamah, agar mengistiharkan anak dia memeluk Islam secara tidak sah.

Tun Salleh Abas yang menghakimi kes tersebut adalah seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas kerana terpaksa membuat perisytiharan, "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk di bawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan, kebijaksanaan dan iman Tun Salleh Abas, beliau menyimpan fail kes tersebut dalam lacinya selama 2 tahun.

Selepas 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, Tun Salleh Abas membuka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama Islam, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.

Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas dipecat dari jawatan Ketua Hakim Negara atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes Ibrahim, Siti Solehah dan anak berusia 5 bulan

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu yang sesat bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara baru seakidah kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Jika peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang remaja Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali dilaporkan dalam sejarah di Malaysia seseorang dibunuh kerana teguh berpegang pada agama Allah.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew"

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium ShahAlam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian, sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara sebarkan Kristian?

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.

Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak. Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...