Powered By Blogger

Sunday, April 24, 2011

PESALAH DAN HAKIM SAMA-SAMA SIAL

Terry Jones laknatullah
PADERI KENA PENJARA 1 JAM
Ketua gereja bakar naskah al-Quran cuba buat bantahan di luar masjid

DETROIT: Paderi Amerika Syarikat yang membakar naskah al-Quran hingga mencetuskan kejadian keganasan di Afghanistan dipenjarakan selama satu jam, kelmarin selepas mahkamah mengharamkan bantahannya di luar masjid di sini. 
Hakim tempatan memenjarakan Terry Jones dari Gainesville, Florida dan pembantunya, Wayne Sapp selepas mahkamah mendapat tahu mengenai rancangan mereka untuk mengadakan bantahan di luar Pusat Islam AS di Dearbon boleh mendorong kepada insiden keganasan.
Ketika hadir di mahkamah, Jones mempertikaikan kitab suci umat Islam itu dengan mengatakan 'al-Quran mendorong aktiviti pengganas di seluruh dunia'. Dia juga memberitahu dia berhak untuk membantah Islam dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.
"Pindaan Pertama tidak memberi faedah jika ia menyekat kita untuk menyuarakan sesuatu isu," katanya.
Namun, Ketua Polis Dearbon, Ronald Haddad mendakwa, jabatannya menerima maklumat daripada penduduk tempatan mengenai ancaman serius oleh Jones dan menekankan bantahannya itu boleh menimbulkan insiden keganasan.
Pendakwaraya Robert Moran berkata, bantahan Jones tidak mempunyai kaitan dengan Pindaan Pertama Perlembagaan dan perkara perlu diutamakan adalah keselamatan serta keamanan masyarakat.
Hakim Mark Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp dipenjarakan kerana enggan membayar denda AS$1 (RM3). Namun selepas satu jam berada di dalam penjara, kedua-duanya mengubah fikiran lalu membayar denda itu sebelum dibebaskan. - AFP
Sumber:- Metro Ahad 24 April 2011.

Kesimpulannya, hukuman yang dikenakan oleh mahkamah tersebut adalah terlalu rendah berbanding kesalahan yang telah dilakukan oleh Terry Jones dan pembantunya. Denda yang hanya berjumlah AS$1 bersamaan RM3 yang ditetapkan oleh hakim perbicaraan itu sendiri bersifat suatu penghinaan terhadap agama dan umat Islam. Kita tidak mengharapkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman mati terhadap Jones dan Sapp kerana ianya suatu hukuman mustahil ditetapkan oleh mahkamah tersebut tetapi sewajarnya Jones dan pembantu beliau sepatutnya dikenakan hukuman penjara untuk satu tempoh yang lama sebagai peringatan buat mereka dan orang lain yang berhasrat untuk menghina agama lain.

Apa yang dapat dilihat dari keputusan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Jones dan pembantu beliau adalah hukuman tersebut tidak akan menakutkan mereka jauh sekali untuk menimbulkan keinsafan dalam hati mereka. Dan hukuman tersebut juga tidak mampu untuk meredakan kemarahan umat Islam diseluruh dunia atas kebiadapan yang dilakukan oleh mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...