Powered By Blogger

Friday, April 22, 2011

JANGAN JADI MUKA TAK TAHU MALU

NAMPAKNYA, isu video lucah yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih belum selesai. Umno serta BN dan media-media tunggangan mereka sehingga kini dilihat masih lagi memainkan isu tersebut untuk menjatuhkan dan mengaibkan maruah DSAI. Paling baru, media-media tunggangan melaporkan bahawa hasil penelitian terhadap video tersebut oleh sebuah firma penyiaran Hong Kong mendapati imej lelaki dalam video tersebut dikatakan hampir menyamai DSAI walaupun ianya telah dinafikan oleh insan-insan yang paling hampir dengan DSAI iaitu anak-anak dan isteri beliau.

Trio Datuk T yang memulakan tuduhan tersebut juga walaupun kini sedang berhadapan dengan kemungkinan didakwa atas pertuduhan menyebarkan bahan lucah, sehingga kini masih dengan pendirian mereka sehinggakan dikatakan sanggup untuk bersumpah laknat dihadapan Kaabah dan yang paling melucukan, salah seorang dari trio tersebut iaitu Datuk Shuib Lazim telah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk turut bersumpah laknat menafikan bahawa individu terbabit adalah DSAI. Satu cabaran yang saya kira bersifat tidak cerdik dan tidak berilmu.

Pada pandangan saya, bukan kerana yang dituduh adalah DSAI, tuduhan tersebut tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera kerana tuduhan tersebut dibuat tanpa berlandaskan hukum dan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Prinsip asas Islam dalam membuat satu tuduhan zina iaitu pengemukaan empat orang saksi yang adil telah gagal dilaksanakan oleh sipenuduh. Oleh itu, semua pihak wajib menghentikan fitnah tersebut yang dilihat akan lebih menyebabkan berlakunya perpecahan antara sesama Islam. Semua pihak sewajibnya mematuhi prinsip-prinsip dalam Islam dalam isu ini dan apa juga isu yang melibatkan umat Islam tidak kira siapa sekalipun hatta jika yang dituduh melakukan zina tersebut adalah perdana menteri. 

Jadi, saya amat berharap agar tuduhan ini perlu dihentikan dan kita semua yang mengaku beragama Islam perlu untuk kembali kepada hukum syariat Islam dalam kehidupan seharian kita. Jangan pula kita jadi seperti manusia yang tak tahu malu, mengaku beragama Islam tapi dalam masa yang sama tidak mahu dan menolak apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...