بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PERISTIWA Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an
yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada
hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat
di Gua Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun
atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Qur'an adalah mukjizat
terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam
terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Qur'an.
Ayat al-Qur'an yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat
Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-'Alaq yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya." [Al-‘Alaq: 1-5]
No comments:
Post a Comment